Sistem Kewangan: Kenapa Harga Barang Sentiasa Naik?

Dalam suasana yang masih dalam mood raya, pasti kepala masing² tak lekang daripada memikirkan wang atau duit. Daripada kanak² yang bersukaria mengumpul duit raya, sehinggalah kepada orang dewasa yang semakin menggaru kepala kerana poket kian kosong setelah habis berbelanja walhal baru je awal bulan. Itu situasi tipikal setiap kali sambutan perayaan. Itu belum lagi mengeluh dengan harga barang naik.

Aku sebagai pengguna juga tak terlepas daripada terjebak dengan masalah kewangan ini. Lagi² kerana kenaikan barang. Kenapa ini berlaku? Mari aku kisahkan...

Aku bercadang untuk meringkaskan apa yang aku tonton tentang satu video tentang kewangan Islam ini, tapi selepas memikirkn semula kesannya, adalah baik aku tampalkankan terus video ini di blog ni agar info yang penting tiada cacat celanya. Mungkin ada yang pernah menonton video ini, dan mungkin juga pertama kali. Suka aku kongsikan satu video tentang sistem kewangan Islam yang tiada diajar dalam bilik² kuliah [mungkin]. 

Video ini telahpun disediakan bersama sarikata berbahasa Melayu untuk kefahaman yang baik. Secara ringkas, video ini adalah ceramah oleh  Sheikh Imran Hossein dengan tajuk Sistem Kewangan Islam Yang Sebenar. Dirakam pada tahun 2003 dan banyak info menarik untuk dikupas. Isu wang Sunnah, riba' kepentingan menyimpan emas, dan pelbagai isu berkaitan Malaysia. Sekadar ingin mengejutkan DIRI KITA YANG TELAH LAMA LENA. BANGKIT LAH walaupun masa telah pun 'senja'.

Ini adalah video ringkas [5 minit]



dan ini adalah video penuh ceramah  Sheikh Imran Hossein ini. Pastikan anda punya masa selama 2 JAM yang terluang untuk video PENTING ini.



dan ini pula adalah penjelasan Ustaz Zaharuddin [Pensyarah UIA] sekiranya anda masih keliru dengan riba' pada urusan jual beli rumah, kereta, tanah dan lain² [kerana riba' pada masa kini adalah ibarat melihat seekor semut hitam yang berada di atas batu berwarna hitam di waktu malam yang gelap].




Harapnya minda anda telah bangkit daripada lena. Teruskan dipanjangkan info ini kepada ahli keluarga, saudara mara, rakan sekeliling dan keturunan kita. Semoga terus maju!

Wallahualam..:)



Comments

e.l.i.z.@ said…
alamak info penting nih...mmg nk kena dgr ni..harap² sy x lupa dtg lg sekali utk dgr ceramah tu
pyejal said…
@e.l.i.z.@ Yupp sangat² penting. kalau boleh download dan simpan utk tatapan anak cucu nanti. tak ada ustaz atau pensyarah yang akan ajarkan dalam kelas ni. :)

Popular Posts