Memanjangkan Jangka Hayat Bateri Laptop / Netbook / Tablet PC

Bagi yang pernah ada labtop atau netbook sendiri, pasti anda biasa mengalami masalah betri tak tahan lama. Nak kata tak cas, seharian soket plug terpasang pada labtop. Tapi bila tanggalkan wayar, pasti menyala amaran bateri dah nak kong. Netbook aku yang asalnya mampu bertahan 8 jam tanpa cas, tiba² sekarang kena bergantung pada current sepenuh masa. Baru setahun pakai, bateri  kong sudah. Tension kan?




Aku pernah cuba untuk praktik satu tips ciptaan sendiri, macam mana nak bagi bateri labtop / netbook / telefon untuk tahan lebih tahan lama. Caranya mudah, bila guna labtop dengan plug in curent, tanggalkan bateri. Tapi kalau nak gunakan labtop dengan bateri, jangan plug in current dan gunalah labtop tu sampai bateri dia dah nak kong / habis. Lepas dah nak habis bateri tu, plug in current dan cabut bateri. Jadi bila nak cas bateri labtop tu, pastikan laptop tidak digunakan. 

Untuk konsep mudahnya, bila plug in current, tanggalkan bateri, bila guna labtop menggunakan bateri, jangan plug in current. Dan bila sedang cas bateri, pastikan labtop tidak terpasang / digunakan.  Pasti jangka hayat bateri akan tahan lebih lama. Bila kita gunakan labtop dengan bateri dan current terpasang bersama, bateri akan sentiasa tercas [recharging] dan ini yang membuatkan bateri tidak tercas dengan baik. Bila cas tu pula, pastikan betul² penuh, baru la unplug current / matikan. Tips ini insya-Allah membantu memanjangkan umur bateri labtop / netbook anda tu.

Sama juga dengan telefon bimbit sebenarnya, perasan tak kalau anda kerap cas telefon bimbit walhal bateri masih lagi banyak, bateri anda lama kelamaan tak akan tahan lama. Dan akhirnya bateri anda kena tukar atau anda kena sentiasa bergantung dengan pengecas. 

Lepas ni tak perlu la risau pasal nak tukar² bateri lagi. :)



Comments

azu said…
patutlah..bateri cepat kong..tp notebook azu 2 thn tahan baterilagi..skang dh 100% pakai plug in current..huh
juanita said…
mac book x ley la
maszull said…
salam ...patut la bateri cepat kong...thanks kongsi info ni...:)
madammondoq said…
i mmg dari mula amalkan tips tu.. dan setakat ni batery i mampu bertahan lama..
pyejal said…
@azu aszull kalau bateri sekarang dah kong, beli baru dan cuba try praktikan tips ni.. :)
pyejal said…
@juanita mac book tak dapat nak tolong la.buka guna skru driver la..
pyejal said…
@madammondoq Thanks kerana menyokong tips ini..nampak, dh ada saksi..:)
Ujie Othman said…
mmg gitulah cara nya..caj bateri jika abis je. memula ada laptop dulu saya pun tak tau. lepas rosak..baru cina kedai tu ckp gitu.
e.l.i.z.@ said…
yup tepat skali..tp oleh sebab bateri laptop mmg dh kong, gua plug-in je la current skali :P
pyejal said…
@Ujie & eliz@ dh kong beli baru sudah.len kali leh mobile.dlm kete leh tgk movie lama2 hehe.:)
eZmALiZa said…
mmg ini jugak cara yg sy salu buat utk menjaga beteri laptop :) thanks for the info :)
pyejal said…
@~eZmALiZa~ mujarab kan teknik ni..hehehe
Anonymous said…
Okey faham. tapi, bateri dah kong tuh tak boleh di cas balik ke ha ? Kenapa saya punya bateri macam tak ada function dah. Haishh, tension laa.
pyejal said…
@anonymous: betri yang kong to hantr kilang kitar semula. mmg tak boleh diselamatkan. serupa mcm bateri AA yg dh guna. :)
Unknown said…
terima kasih atas perkongsian tentang cas bateri ni...

Popular Posts