Iklan Merdeka Raya Terbaik 2011
Iklan raya setiap tahun kerap menggamit mata kita, penonton² di kaca televisyen. Untuk perayaan tahun ni, agak menarik kerana sambutan kemerdekaan turut disambut serentak dalam musim perayaan. Itu jarang²berlaku. Alhamdulillah untuk kemerdekaan kali ke-54, Malaysia semakin maju kehadapan dengan masyarakatnya terus bersatu memupuk perpaduan. Walaupun disebalik kisah² gempar kekacauan di sana-sini termasuk di ibu kota, doa kesyukuran aku panjatkan kepada Illahi atas kenikmatan keamanan ini. Tanpa memihak pada sesiapa, moga keamanan ini terus kekal selamanya malah terus kukuh sentiasa. amiin.
Aku bawakan iklan² perayaan terbaik sempena sambutan Merdeka dan Hari Raya Aidilfitri 2011 untuk penghayatan kita bersama.
Iklan Merdeka Raya ihsan daripada Telekom Malaysia [TM] - "Anak Bulan Anak Merdeka"
daripada CST Production - "Almari Baru"
daripada Candid Syndrome Film - "Sitai: Kamera dan Bapak" [bukan iklan raya, tapi aku anggap demikian sebab mesej yang disampaikan dan juga sebab video ini keluar bila menjelangnya raya]
dan yang paling dinanti, daripada Petronas - "Raya dan Merdeka"
Dah tengok? mana pilihan korang? Sama² hebat bukan? Apapun cubalah ambil mesej yang ingin disampaikan. Moga kita terus maju!
Comments
p/s: byk dpt duit raya?
http://ladymariahthehardcoreblogger.blogspot.com/2011/09/apa-buktinya-malaysia-merdeka-54-tahun.html
p/s silap soalan tu. soalan sepatutnya - byk abes duit raye?. dah jadi laki orang,xde dpt duit raye dah..huhu
p/s: maaf, pujian tidak melayakkan anda menerima duit raye..:)
dan percaya atau tidak, minda semua kita masih di jajah!