Betulkan Cermin Sisi Kurangkan Blindspot

Memandu kereta dalam keadaan jalan sesak mungkin menyebabkan anda kurang awas dengan keadaan sekeliling. Dengan pecutan kenderaan di kiri, kanan dan belakang yang berbeza² kerap membuatkan anda dihon oleh mereka ketika anda ingin menukar lorong. Ini tidak lain dek kerana cermin sisi kereta [side mirror] yang tidak disetkan dengan betul. Aku sebagai pemandu yang menggunakan kenderaan Myvi kerap mengalami masalah ini bila menukar lorong. Bagimana mengatasinya? Mari aku tunjukkan.
 

Pertama sekali, sebelum membetulkan sebarang cermin, sebaiknya kereta dihentikan atau diletakkan pada keadaan selamat. Pastikan ada satu atau dua objek yang boleh dijadikan panduan untuk menetapkan cermin sisi dan cermin pandang belakang. Ini penting untuk menetapkan sudut pandangan dan kedudukan yang sesuai mengikut ketinggian mata anda apabila melihat cermin sisi dan cermin pandang belakang.

Cermin pandang belakang

Keduanya, aku mulakan dengan cermin pandang belakang. Pastikan anda jelas melihat persekitaran di belakang tanpa telindung oleh sebarang sticker pada cermin belakang dan apa² barang di atas deskboard belakang. Kalau ada sebaiknya buangkan saja. Keselamatan anda lebih berharga daripad harga sticker yang tak berapa sen tu. Bagi sesetengah kenderaan, ada juga yang menggunakan cermin belakang yang agak panjang dan melengkung bagi meluaskan pandangan di sebelah kiri dan kanan [di bahagian belakang]. Cermin ini juga baik untuk dipasang, namun bergantung kepada keadaan dalaman pada kenderaan - pastikan tiada langsir dipasang.

kredit: otodiy.blogspot.com

Ketiganya, cermin sisi kiri dan kanan [side mirror]. Untuk meluaskan pandangan pada cermin sisi, tetapkan pandangan dengan mengurangkan pandangan pada kenderaan sendiri. Pastikan pandangan persekitaran lebih banyak daripada pandangan pada bahagian kenderaan sendiri. Ada juga yang menggunakan cermin 'mata ikan' [fisheyes]untuk menampakkan sudut yang tidak kelihatan pada cermin rata ini. Fisheyes ini amat membantu untuk menampakkan sudut pandangan dalam 10º. Walaupun sedikit, itu cukup untuk mengelak sebarang kemalangan semasa memandu.



kedudukan cermin adalah seperti gambar di bagian bawah [pandangan badan kereta adalah sedikit]

Tetapi, jangan gunakan yang terlalu cembung kerana objek yang dilihat akan terlalu kecil untuk dilihat. Kedudukan cermin tambahan ini juga penting. Pada kedua² cermin sisi, letakkan cermin tambahan ini pada sudut bahagian dalam. Lihat perbezaan kedudukan pada rajah di bawah. Jika letah di sudut luar, pandangan pada cermin sisi akan menjadi terhad. Berbeza kalau letak di bahagian dalam.

kredit: endonesia-bebas.blogspot.com


Contoh ilustrasi kedudukan cermin yang baik:

kredit: smartmotorist.com


Selamat memandu dengan selamat dan sentiasa berhati² di jalan raya! :)

sumber:
- wikihow.com
- wikipedia.org


Comments

Haida said…
gud info...keep it up.... terutamanya kedudukan fisheyes mirror tu ramai yg salah letak....
pyejal said…
@Haida tu la, saya sendiri pun silap pada mulanya. benda kecik macam ni pun boleh bantu drp xcident..:)
Anonymous said…
Saya baru jer td kna hon
Anonymous said…
Sy bru jer td kna hon.. padahal sy awl2 dah bg signal ke kiri utk tukar lane tp keta tuh tetap hon x bagi ambik lane tu..siap tunjuk muka bengis lagi..
Adkah terdapat driskriminasi bila keta yg berpelakat P nih??

Popular Posts