Kelahiran Tahun Baharu


Alhamdulillah, syukur atas kurnian-Nya.

1 Januari 2016, jam 5.58 itulah masanya yang aku sendiri tidak menyangka akan punya anak yang lahir pada tahun baharu. Kelahiran anak ketiga ni agak istimewa sikit sebab banyak dugaan dan ujian yang memerlukan ummi dan abahnya bersabar.

Semuanya bermula seminggu sebelum kelahiran baby girl ni (ya, baby girl lagi you). Sang isteri pada masa tu ada kompilasi yang seterusnya menyebabkan 'leaking'. Pergi check-up kat hospital, resultnya - kena warded la semalaman. Masa ni la, seperti biasa kena beraksi sebagai mr mama. Untuk kali ni, baby masih songsang dan masih mengharapkan baby main² pusing untuk bersalin normal.

Lepas tu, wife dapat MC seminggu. Perlu rehat kata doktor. Seminggu lepas daripada kena warded tu (hari yang sama - Jumaat) pergi la berenang bawa anak² (aktviti rutin setiap hujung minggu pada masa ni). Famili time katanya. Pagi tu, sang isteri dah kata sakit², tapi ikut la juga ke kolam renang tu. Dalam sakit² tu pun digagahkan untuk follow. Sejam lebih main air dengan mek Sofiya dan Lydia tu, lepas tu balik la sebab nak kejarkan solat Jumaat. Hari Jumaat kan.

Balik je daripada solat Jumaat, sang isteri mengadu sakit - masa makan pula tu. Muka pula dah lain macam. Okay, 'dah masanya' ni, detik hati. Apa lagi, semua barang dipersiapkan (dah siapkan awal sebenarnya, tinggal angkut je). Selesaikan mek 2 orang tu sekali, terus aku angkut ke rumah akak di seberang taman. Nasib baik dia ada dan dia baru sampai daripada kampung. Bingung juga nak hantar kat mana. Dah la masa ni pengasuh yang biasa dengan mek 2 orang ni tak ada (balik kampung) terpaksa la cari alternatif lain.

Selesai drop kat rumah akak, aku terus pecut ke hospital. Sang isteri pula yang kecut perut . Aku risau wife terberanak dalam kereta je. Macam mana nak sambut tu? Lagi pula baby masih songsang. Jadi sangat berisiko kalau nk sambut dalam kereta. 20 minit berlalu, sampai juga di HSA.

Masuk bilik saringan, cek punya cek doktor kata dah buka jalan. Baby masih songsang lagi. 
"Isteri encik akan masuk bilik OT ye", balas misi kat situ. Aku redha je. Lalu tingkap anak aku kali ni. Kesian pula kepada sang isteri, berat berpantang kali ini.

Aku selepas tu diminta untuk selesaikan urusan wad dan Guarantee Letter (GL). Dah la hari Jumaat, mana nak cari GL hujung² minggu kan. Lepas semak dengan kaunter pendaftaran nasib baik boleh cuba guna eGL dan berjaya! Yeh! Maklumat aku juga up-to-date di HRMIS. Selesai urusan di kaunter pendaftaran, terus aku berlari ke kaunter wab bersalin. Untuk tika ni, sang isteri dah kena angkut ke OT. Moga segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Nervous pun ada juga sebab pertama kali berdepan dengan operation macam gini.

"Berapa lama operation ni ye?" , tanya aku.
"biasanya 2-3 jam." balas akak misi tu. Aku tengok jam dah pukul 5 lebih. Ke malam baru settle ni.
"ok, nanti saya datang semula", balas aku. Misi tu angguk, aku pun cabut. Cabut keluar tanpa pasti hala tuju nak ke mana.

Sudahnya, aku pergi potong rambut, kebetulan rambut dah panjang. Karang nak melayan wife berpantang tak sempat aku nak uruskan diri sendiri. Selesai solat maghrib, aku tengok telefon, ada miss call nombor HSA, mungkin diorang nak maklum OT dah selesai. Terus aku gerak ke HSA tanpa sempat nak makan.

Setibanya di HSA, aku ke kaunter untuk dapatkan nombor wad dan terus berkejar ke aras 3. Dalam hati berdegup kencang. Macam mana rupa pewaris aku kali ni? dung dak dung dak... Sampai di wad, rasa kecewa sikit sebab baby rupanya kena kuarantin. Menurut sang isteri, jantung anak berdegup kencang. Jadi untuk langkah berjaga², mereka asingkan untuk perhatian perkembangannya. harap 'dia' okay. Lagi pun wife masih tak kuat, belum bertenaga nak menyusu dan mengurus anak.

Lepas lepak hampir setengah jam, aku bergegas ke kedai runcit untuk dapatkan sedikit makanan, sang isteri lapar katanya. Lepas hantar makanan aku cabut ke Wad Cempaka namanya. Masuk je wad kuarantin ni, bunyi tit...tit...tit berkumandang dalam gegendang telinga aku. Ni la pertama kali dalam hidup dapat tengok wad untuk kuarantin baby yang ada 'masalah'. Yang tak cukup bulan, yang ada infection, yang dalam inkubator, macam² la. Hampir 30 baby ada dalam wad ni.



Lepas bertanya pada misi, ketemu jua aku dengan baby ke-3 aku ni - masih B/O ... Ku belek² dari hujung rambut sampai hujung kaki, alhamdulillah cukup sifatnya. Menggigil tangannya, sejuk barang kali. Dalam baby masih berbaring, aku paut tangannya, bibir aku, ku rapatkan ketelinga kanannya, azan aku laungkan selamba. Kemudiah iqamah di telinga kirinya. Sengaja tidak aku angkat takut terjadi apa². Teman si baby barang 20 minit, kemudian aku tinggalkan. Harus kembali semula dengan susu ibu dan keperluan baby. Entah siapa punya pampers misi ni kasi sarung.

Selesai urusanku berulang alik ke wad materniti dan wad Cempaka, aku pulang ke rumah sekitar jam 9.30 malam. Anak² masih di rumah akak, dia dengan rela hati nak jaga diorang, alhamdulillah la. So, tidur 'bujang' aku malam tu.




Hari esok dan  seterusnya  adalah hari² yang mencabar untuk aku. Sang isteri 'sangkut' di HSA hampir 4 hari, Sofiya pula mula ke taska pada Ahad. Itu aku perlu lakukan sendiri minggu tu. Lydia tak terkecuali, perlu juga dihantar ke pengasuhnya seperti biasa. Bayangkan saja macam mana kalutnya nak bangun awal mandikan si Sofiya yang tak pernah bangun awal sebelum tu. Apa pun, alhamdulillah, segalanya mampu dihadapi dengan izin-Nya.

Selepas seminggu baby di rumah, bermula episod baru dalam mengurus baby ke-3 ni. Seusai misi yang datang ke rumah untuk cek baby, misi mencadangkan kami bawa baby ke klinik sebab nampak kuning yang ketara. Kali pertama pergi bacaan melebihi 10, tapi kami minta untuk datang semula esoknya, bacaan untuk kali ke-2 masih juga tinggi. Hinggalah Jumaat seterusnya (Jumaat lagi),  baby perlu masuk  ward sebab bacaan melebihi 15. Untuk kesihatan dan keselamatan baby, kami akur. Bermalam la sang isteri dan baby di Hospital Kulai. Keesokannya nasib baik boleh discharge sebab bacaan turun kepada 9 (strategi sang isteri menjemur baby di bawah lampu UV berjaya katanya).

ketara kuningnya

Ikhtiar menjemur di awal pagi

Dan seterusnya, setiap 2-3 hari sekali Klinik Kesihatan (KK) Kulai menjadi persinggahan aku selama hampir 5 minggu. Dalam pada masa sama juga, wife perlu juga cek hasil cesarean ada kalanya perlu ke HSA untuk cek sebab ada jangkitan dan problem. Memang berpantang kalau bersalin normal dengan cesarean ni berbeza sangat. Lebih mencabar kalau jahitan terbuka. hampir 2 bulan perlu recover untuk pulih kesan jahitan tu.

Sebab tak ada pembantu, aku la pak supir yang perlu hantar baby dan sang isteri ke sana ke mari. penant memang penat. Tapi kesabaran adalah tonggak utama. Nasib secara mental dah bersedia awal. Jadi, apa² kemungkinan yang datang menimpa, terima dengan redha dan layankan sahaja. Waktu pejabat juga harus aku langgar dalam terpaksa. Nasib baik punya bos yang memahami. Kalau punya bos yang bujang mesti lebih menggila jadinya.

Nasihat aku secara peribadi buat bakal suami, kahwin memang best dan seronok. Tapi harus diingat, tanggungjawab sebagai ketua keluarga juga sangat² besar dan berat. Tidak semudah yang disangka. Sifat sabar dan tanggungjawab adalah kunci segalanya. Saat kau membalas ijab nikah, ingatlah akan beban yang harus kau pikul kelak. Mental dan fizikal harus dicurah dikemudian hari. Tujuannya satu, membawa amanah yang Maha Esa.

Comments

Popular Posts