Bagaimana Menggunung Boleh Buat Kita Kenal Hati Budi Rakan / Pasangan


Alhamdulillah tahun ni berpeluang menyarung kasut getah semula untuk ke menawan Gunung Ledang. Ini trip ke-2 secara peribadi selepas cubaan pertama pada 2013 melalui laluan Asahan bersama orang asli. 

Trip sehari yang berlangsung semalam disertai 20 orang rakan. Ada yang dah mengenali antara satu dengan lain, ada juga yang baru kali pertama berjumpa.


Berkaitan juga dengan artikel di vocket - Satu Sikap Penting Bagi Lelaki Berkahwin Yang Ramai Gagal Amalkan Termasuk Aku. Tapi aku cadangkan bukan dengan bermusafir jauh seperti melancong. Kerana melancong, moodnya berbeza berbanding menggunung. 

Jika menggunung kita harus kenal setiap orang dalam grup kita. Kerana kita tak nak bila naik ke puncak 20 orang, tapi turun jadi 21 atau 19. Itu menakutkan. Ambil masa untuk kenal dalam grup kerana kita tak tahu sama ada diri sendiri atau rakan2 lain yang akan meminta bantuan kelak. 

Dalam 'undang²' menggunung, tidak digalakkan berjalan berseorangan. Paling tidak pun mesti berdua. Jika seorang tercedera - krem, luka dll. Rakan yang seorang lagi akan ada di sisi membantu. 

Walalupun mungkin tempoh menggunung tu mungkin hanya dalam 8-11 jam, itu sudah cukup untuk kita kenal keperibadian seseorang. Antaranya,

i. Bagaimana seseorang tu sanggup untuk untuk bersabar (untuk menunggu rakannya yang berjalan lambat) walaupun sebenarnya dia fit untuk berlari jauh meninggalkan rakannya yang berjalan lambat tu. Dan ini sifat paling besar untuk kita nilai dalam diri seseorang tu. 

ii. Kadang - kala kita akan bersama grup lain untuk mendaki, walau pun berbeza grup, kita akan tergerak juga untuk membantu rakan daripada grup lain yang memerlukan, paling tidak pun berkongsi minyak panas. 

iii. Dalam kita melangkah bersama rakan, pasti ada cerita untuk dibualkan. Paling tidak pun kisah JDT menang FA Cup 2016, yang kali terakhir menang 18 tahun dulu. Itu belum lagi cerita resepi buat udang celup tepung. Dari situ kita kenal minat orang tu apa. Berjam² mendaki, mesti ada yang dibualkan. 

iv. Menggunung memerlukan individu tu merancang. Walaupun mungkin trip balik hari, seseorang itu perlu merancang apa yang perlu di bawa untuk dirinya dan orang lain. Yang sesuai dengan kemampuan diri untuk membawa barang² tu. Sebagai contoh wakie-talkie, tikar, kompas, pisau, first-aid yang mana semua tu perlu bukan untuk keperluan peribadi, tapi juga rakan² yang lain. 

Itu sebahagian point yang dapat aku kongsikan tentang kelebihan menggunung dalam mengenal keperibadian seseorang. Banyak lagi kelebihan yang akan seseorang itu akan dapat selain yang disebutkan dalam pelbagai aspek antaranya skil diri, kekuatan dalaman, fizikal hinggalah kepada pemantapan fikiran dan keberanian. 

Untuk secara ilmiahnya, anda boleh bacanya di sini - http://www.collective-evolution.com

Comments

Popular Posts