Lap Guna Kain, Cermin Mata Calar? Guna Metod ini


Khusus kepada mereka yang berkaca mata, membersihkan dan menjaga cermin mata memang mencabar. Kalau yang dah ada anak, lagi la menduga kesabaran. Anak pegang² cermin la, bawa lari la.Tu belum lagi patah atau terduduk dek kerana lupa letak mana.

Setiapa kali kita beli cermin mata, kita akan dibekalkan dengan kit pembersihan cermin yang kebiasaannya adalah kain sahaja. Sejak aku berkaca mata daripada zaman sekolah dulu hingga la sekarang ni, dah hampir 7-8 kali aku tukar cermin mata dan itu saja la kit pembersihan yang dibekalkan. Apa yang mengecewakan aku, kain yang dibekalkan katanya dapat mengelak cermin daripada kesan calar. 

Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kesan calar pada cermin pasti akan ketara kalau kita fokus pada permukaan cermin. Itu aku alami sepanjang bercermin mata sebelum ini. Pasti juga kepada anda diluar saya yang menggunakan kain yang dibekalkan untuk membersihkan kesan kotoran pada cermin.

Atas sebab tak nak cermin mata aku ni calar lagi, sebab dah bayar mahal kan. Aku cuba cari penyelesaian baru sendiri. Mungkin ada orang lain telah menemukannya atau mungkin juga tak ada lagi. Apa yang aku buat adalah dengan gunakan bahan pencuci. Tak kira lah syampu, pencuci tangan, atau mungkin sabun buku. Pelik kan?

Kadang kala kalau kita bersihkan cermin mata atas sebab berdebu, kita ambil masa lama untuk betul² membersihkan kesan debu tu. Sampai perlu menguapkan cermin guna mulut. Biasa buat kan? Kaedah konvensional ini bila diamalkan pasti sampai masanya cermin akan calar akhirnya.

Jadi dengan teknik menggunakan bahan pencuci yang pastinya mudah diperolehi, kesan calar pasa cermin insya-Allah secara total akan berakhir. Untuk aturannya:

i. basahkan cermin mata dengan air bersih,
ii. ambil sedikit bahan pencuci (cari daripada sumber baki syampu, atau apa² bahan cecair pencuci yang mudah diperolehi)
iii. sapukan bahan pencuci pada permukaan cermin dan ratakan dengan tangan.
iv. bilas cermin dengan air bersih.
v. hilangankan kesan air dengan anginkan atau tiup dengan mulut anda sendiri. Jangan tiup beria, nanti air liur merata atas cermin.
vi. siap! dan sedia untuk dipakai. Ada kesan air sikit² tu halal la. Nanti dia hilang sendiri.

sental dengan lembut menggunakan bahan pencuci

bilas dengan air

Mudahkan? Tak perlu lap dengan kain dan secara logiknya cermin tak akan calar. Boleh la panjangkan jangka hayat cermin mata lepas ni. Bila kita kat luar pula, boleh saja gunakan pencuci basuh tangan kat kedai makan yang kebiasaannya ada. atau paling tidak di sesetengah tandas awam juga ada cecair pencuci ini. Yang penting jangan terlupa letak mana sudah la.

Harap tips ini berguna untuk anda yang berkaca mata.

[dikemaskini]

Walaupun cara ni dapat bersihkan kotoran cermin tanpa kesan calar, tapi metod ini juga ada kesan sampingannya. Bagi yang punya cermin mata dengan lapisan khas (coated), perkara yang mungkin terkesan  adalah hakisan pada lapisan coated tu. Cuma bila masa nya bergantung kepada kekerapan mencuci tersebut dengan jenis pencuci yang digunakan.

Memang agak rumit, tapi sebagai langkah kawalan, kurangkan kekerapan membasuh dengan pencuci yang 'kuat'. Untuk jenis selamat (kalau saya secara peribadi) guna sabun buku pun dah ok. Bukan perlu lumur pun. Janji ada sabun sikit je.

Selain itu, ada juga yang beri komen untuk gunakan bedak. Ya bedak. Macam unik juga bunyinya. Boleh cuba guna cermin mata lama dulu. Kita tengok hasilnya.

Comments

Popular Posts