Nasi Minyak Tenggaroh - Tahniah Azizi
Untuk sekian kalinya, inilah anak buah aku nombor tiga yang berjaya melangsungkan perkahwinan. Tahniah Jijie! (nama komersial dia dalam rumpun famili kami). Sebelum ni Alip dan Anip. Kedua²nya juga telah dikurniakan cahaya mata - alhamdulillah.
Majlis akad nikahnya berlangsung pada 29 April malam dan majlis resepsinya berlangsung keesokkannya. Aku sekeluarga sempat hadir awal untuk turut serta masa majlis pernikahan dan juga majlis persandingan keesokannya. Kali ni, rezeki anak buah dapat orang Felda Tenggaroh. Sedap main pantai la lepas ni.
Aku anak beranak bertolak agak lewat, hampir nak masuk Maghrib baru gerak ke Mersing. Lagi pun bawa Mem Besar. Lama tak bermanja katanya. Apa pun aku sempat sampai dan join sesi nikah sebab pak imam katanya ada 2 lagi majlis yang dia kena selesaikan. Untuk sesi Jijie kira² pukul 10 malam. Jangan khutbahnya berjela panjang dah la pak imam. Pengantian kena rehat, esok nak posing.
Kali ini Jijie tak request untuk cover sebagai fotografer, aku pun malas nak offer diri sebab bila ada anak kecil² ni, komitmen dia lain macam. Jadi biar la. Bila sampi kat rumah pengantin perempuan tu nampak ada yang pegang dslr, kira okay la tu. Aku bawa juga 'senjata' tu tapi aku perap je dalam bonet kereta, stand-by. Dalam masa sesi akad tu gatal juga tangan juga nak ambil 1 shot dari angle kegemaran aku. Lepaskan gian. Nah aku belanja.
Majlis akad nikah |
Majlis selesai sekitar jam 10.30 malam. Nasib baik tetamu dijamu makan sebelum majlis akad. Lepas akad boleh cabut. Lagi pun makan lewat² malam tak elok kan? haha.
Esoknya awal² pagi ambil angin Felda Tenggaroh - nyaman. Homestay atau inap desa yang kami duduk juga terbaik. Kalau diperhati, ramai juga yang sediakan perkhidmatan homestay kat rumah mereka ni. Siap dapat perakuan daripada Kementerian Pelancongan lagi. Rumah yang aku duduk ni ada 2 bahagian. Tuan rumahnya tinggal di bahagian sebelah, yang lagi sebelah tu dibuat homestay untuk tetamu. Dengar katanya setiap minggu pasti penuh. Rezeki mereka.
Sementara nak menunggu majlis bertandang pada belah petang, kami sefamili pakat² nak pergi melawat kawasan ke pantai Tanjung Leman. Alang² dah sampai Mersing, rugi tak main pantai. Jadi sudahnya, berpicnic kami semua di pantai Tanjung Leman. Jarang² kami dapat berkumpul macam ni. Kat tepi pantai pula tu.
Buang masa dalam sejam setengah, usai sarapan kami balik ke homestay - tadi tak mandi. Sementara nak menuggu tengahari, kemas² la apa yang patut. Perlu check-out sebelum jam 11. Ada tetamu lain nak masuk katanya. Laku betul masa² cuti hujung minggu ni. Lepas check-out, kami lepak kat homestay lagi satu. Lepas Zuhur kami bertolak ke rumah pengantin.
Untuk kali ni, dapat la tunjuk pada Sofiya orang main kompang, main bunga manggar, dan macam mana majlis kahwin. Kalau tak sebelum ni mesti merajuk bila tengok gambar kahwin ummi dengan abahnya kat album. Nak tau apa yang dia sebut masa merajuk tu?
"Kenapa abah dengan ummi tak ajak Sofiya? Sofiya nak ikut pegi kahwin...".Kalau korang la, apa korang nak jawab?
Bila dah anak 3 ni, ragamnya lain macam. Untuk sesi makan damai pun ada shift. Abahnya makan dulu, umminya duduk dalam kereta sebab Nayla dengan Lydia - tidur. Layankan saja. Nasib majlis selesai awal. dapat la cabut awal. Dalam pukul 4 tu dah mula bertolak balik. Alhamdulillah semua selamat sampai ke destinasi. Sebelum beransur, dapat juga selfie dengan pengantin. Haha
Raja sehari |
Untuk majlis resepsi belah lelaki pula akan berlangung pada 8 Mei. Nanti ada rezeki aku kongsikan kisahnya.
Comments