Terbang ke Western Australia Perth (family trip) - Tips Motorhome [Part 2]

Dah baca entri pertama kami - Terbang ke Perth? Kalau belum, pergi baca dulu. Entri tu khusus untuk korang sediakan itenarary. Kalau dah baca boleh sambung kat sini untuk info tentang nak menempah motorhome pula. Awalnya Aku sendiri pun bingung, apa dia rupa motorhome dan caravan tu.

berhenti masa dalam perjalanan ke Albany.




Caravan tu yang macam ni.

Yang namanya motorhome tu rupa dia macam ni.

yang namanya campervan tu, macam ni rupa dia.


So dah kenal rupa dia baru la boleh couple. haha. So kalau yang caravan tu, korang kena ada kereta. Lepas parkir kat campsite, boleh ditanggalkan dan korang bebas ke mana2 dengan kereta. Cuma lepas tu jangan lupa datang  balik ye.

Untuk motorhome pula dia didatangkan dengan beberapa jenis mengikut bilangan pax yang korang nak. 6 berth, 4 berth & 2 berth itu istilah yang digunakan mewakili 6 pax, 4 pax dan 2 pax. So pilih ikut kesesuaian.

KENAPA MOTORHOME?

Saja nak buat kerja giler. haha.

Aku pilih motorhome sebab nak merasai percutian yang berbeza jika dibandingkan percutian dengan menginap di bilik hotel atau homestay - tipikal. Untuk bermotorhome, tak banyak negara ada sediakan sewaan motorhome. Antara negara yang ada sediakan sewaan motorhome selain Australia adalah, New Zealand, Switzeland, dan USA. Cuma jenama tu mungkin berbeza.

Lagi satu sebab aku memilih motorhome ni sebab malas nak angkut luggage setiap kali checkin. Dengan anak2 yang kecil lagi dan mengambil kira trip kami agak fast track dan jauh. So, nk kurangkan keremehan itu, motorhome penyelesaiannya. Alasan kan?.



MENEMPAH
Untuk menempah motorhome ni, korang boleh cari beberapa penyedia antaranya Maui, Apollo, Britz, Mighty atau third party macam campervanfinder, atau untuk penyedia tempatan seperti AhmadCaravan.

Untuk harga yang lebih murah, korang kena booking at least 30 hari sebelum tarikh menyewa. Antara semua brand motorhome tu, Maui adalah jenama terkini dan sedikit mahal (sebab kenderaan masih baru), kalau brand selain maui murah sikit tapi kenderaannya agak lama la. Tapi still okay untuk save bajet. Macam aku, aku book Mighty, murah tapi still selesa. Siap boleh pergi sampai 120km/j. Giler kan?

SYARAY-SYARAT
Syarat2 untuk menyewa motorhome yang anda perla tahu antaranya:
- minimum tempoh sewaan 5 hari. Maksimum ikut duit korang la.
- Mesti mempunyai lesen memandu antarabangsa yang sah. Boleh guna lesen memandu Malaysia. Hanya pastikan lesen yg terkini (ada dwibahasa bahasa) bukan yang laminate.
- memandu pada waktu malam tidak dibenarkan. GPS akan bagi alert kalau anda memandu selepas pukul 6 petang.
- Digalakan berhenti setiap 2 jam. GPS akan alert. Aku berenti la juga layankan GPS tu. Kadang2 lenjan juga.
- Kalau bawa budak, kena sewa siap2 seat booster dia (seat untuk budak). Di Australia, kalau budak dalam kenderaan tak duduk kat seat khas tu, kita boleh kena saman - AUD 300.
- perlu beli insurans kenderaan masa tempah motorhome tu. ada beberapa pilihan, yang murah dan yang mahal. Aku ambil yang harian, murah, bayar siap2 masa booking.
- sebelum memulakan perjalanan, pastikan gas, hose, suis berkaitan dan tangga ditutup, disimpan dan di kunci. Semua peralatan serta pinggan mangkuk tersimpan dengan baik. kalau tak ada yang pecah nanti.
- Pastikan juga korang pulangkan motorhome dalam keadaan bearish termasuk minyak dan gas diisi penuh. Macam aku isi minyak je. Gas tak isi pun. Agak2 korang malas, boleh letak deposit AUD150 pulang kosong pun tak apa. Tapi deposit burn. Aku tak letak deposit. Jimat. Isi minyak pun AUD60 dah penuh.


KEMUDAHAN
Fasiliti yang disediakan dalam motorhome antaranya gps, tilam (bergantung pada saiz), toilet (ada yg ada shower ada yang tak), meja makan (buka pasang), dapur (gas stove), televisyen (ada usb, sediakan video je), peralatan memasak dan pinggan mangkuk, dan peti sejuk.



Jadi bila dah sampai dan pickup motorhome, next step korang kena beli barangan basah & kering untuk memasak. Kami pun ada bawa juga sedikit barang makanan daripada M'sia, macam perencah, barangan bertin dan make sure bukan barangan basah. Korang kena semak apa yang boleh bawa masuk apa yang tak boleh. Sebab kalau diorang suspek, korang kena keluarkan barangan even kena screening dengan anjing dia - bio expert anjing2 ni. Kami kena screening dengan anjing Alhamdulillah kami lepas. Hati2 dengan produk tenusu, termasuk susu baby yang korang bawa.

Jangan lupa juga beli tisu dapur, plastik sampah, pencuci pinggan dan sabun, span, dan air mineral. Lain-lain barang basah dan kering mengikut kesesuaian perancangan menu korang setiap hari. Untuk kudapan, kami beli biskut, dan buah2an. 

BAJET
Untuk bajet motorhome selama 5 hari 4 malam ni kami hangus AUD1100 lebih, book guna kredit kad. Kalau ada debit kad juga boleh asal ada duit dalam bank tu. So kalau convert dalam 3K lebih. Macam mahal tapi aku kira2, lebih kurang je kalau book bilik termasuk kenderaan sekali. So why not twist sikit untuk pengalaman yang berbeza. Untuk kos tu dah termasuk, insurans dan sewa booster seat sekali. Nak sewa wifi boleh juga. tapi dah ada portable wifi sendiri, so tak perlu.

Untuk insurans dia, akan ada step accident liability yang korang kena isi masa booking, ada yang daily rate, ada yang lumpsum. Yang lumpsum tu bajet besar, tapi kalau tak ada apa2 berlaku dia akan re-fund semula, cuma nilainya besar sangat.

CAMPSITE
Seterusnya, korang kena tempah pula campsite. Untuk bermotorhome, korang tak boleh park atau bermalam tepi jalan sesuka hati (kecuali emergency). Kena saman karang. So campsite di banyak, pertama untuk tempah campsite ni korang kena confirmkan dulu destinasi dan laluan yang korang akan pergi. Lepas dah confirm laluan, baru korang boleh berkira-kira jarak perjalanan dan mana lokasi sesuai untuk bermalam. Pastikan lokasi tu sesuai sebab korang hanya boleh memandu maksimum pukul 6 petang je. Memandu malam tidah dibenarkan. 

Setiap destinasi tu ada beberapa campsite, so sebelum tempah, cek dulu apa kemudahan yang mereka ada. ikut keperluan. Macam aku, cari yang ada pool (anak2 suka) tapi tak sempat merasa, playground, dekat dengan pantai tak, public toilet, dan juga dapur awam. Pastikan juga kalau motorhome, korang ambil yang 'powered site' sebab boleh guna untuk caj bateri, memasak dan guna aircond.

Untuk trip kami, ini lokasi yang kami singgah adalah 
- Discovery Park : Swanvalley, 
- BIG4 Middleton Beach Park, 
- Turner Caravan Park Agusta, 
- Discovery Park: Coogee Beach. 

Antara 4 tempat ni, BIG4 Middleton Beach Park memang terbaik. Dekat dengan pantai, sejuk dan tak perlu buka aircond. Ada pool tapi tak masuk sebab sejuk. di Discovery Park: Coogee Beach dekat dengan pantai juga. tapi sebab tiba lewat petang, tak sempat menikmati sangat. Masa tu pula tengah ada angin kencang. Not really enjoy the time, tapi dapat la menikmati view sunset. Cantik!

Discovery Park : Swanvalley

Camp Kitchen - Discovery Park : Swanvalley

BIG4 Middleton Beach Park

BIG4 Middleton Beach Park
Turner Caravan Park Agusta

Turner Caravan Park Agusta

So far pengurusan campsite ni membantu, kalau korang sampai lewat, mereka akan tinggalkan kunci di peti pos. Kenal pasti lot korang dan pastikan park betul2. Cek port untuk elektrik dan juga paip termasuk juga lubang waste (waste water). Kenal pasti juga dump site dia untuk lokasi buang air kumbahan dalam motorhome tu. Jangan lupa, toilet motorhome ni sesuai untuk mandi dan buang air kecil je. Nak buang air besar lebih baik guna tandas awam.

Untuk harga sewa tapak campsite ni pula, range harga dia antara AUD30-AUD100 ke atas (powered). bergantung pada lokasi dan kemudahan mereka.

PERASAAN MEMANDU MOTORHOME.
Sebelum memandu motorhome ni sebaiknya korang tengok video2 teaser memandu motorhome ni. Penting untuk dapat gambaran awal. Cari je di youtube.

Memandu motorhome ni korang kena bayangkan macam bawa lori 1 tan. Besar, panjang, tinggi dan berat. Kena bajet setiap pergerakan, masa parking. Ketinggian juga kena alert especially masa isi minyak kat stesen minyak. Kalau ada calar kena bayar. Jangan risau, untuk reverse ada kamera  belakang membantu. Ambil masa juga aku nak tune memandu motorhome ni. Oh ya, stereng di right-hand side. So sama macam M'sia. Kalau nak parking kena guna parking bas. Jangan parking sesuka hati.

Di Aussie ni undang2 trafik dia agak ketat, kalau memandu lebih had laju dan dikesan kamera atau polis, korang tunggu je la dapat surat cinta daripada penyewa motorhome tu. So mula2 tu follow juga hadlaju dia cuma kurang sikit sebab belum biasa dan segan2. 



Tapi selepas hari pertama tu, aku fikir kalau aku tak memandu ikut maksimum kelajuan (ikut kawasan), aku akan sampai lewat kat setiap lokasi. So kalau kawasan tu 80km/j aku akan memandu 80km/j, kalau 110km/j, aku akan memandu 110km/j cuma bila high speed ni ada juga kerisauan, cuma kena berwaspada. Korang akan terkejut jumpa lori trailer panjang2, diorang pergi sampai 120km/j, siap potong lagi. Kecut beb. Tapi kawasan tu memang 120km/j, diorang pun kejar masa kot.

Bagusnya mereka di sini, kalau ada construction di jalan, mereka akan alert 1 km lebih awal. kalau korang perlu berhenti, akan ada kenderaan projek yang akan guide korang untuk melepasi kawasan construction tu. Kalau kat M'sia kadang2 kurang 100 meter pun ada. Kelam kabut break. Alhamdulillah, sepanjang trip kami ni tak ada apa2 perkara yang tak diingini berlaku. Cuma kadang2 tu parking ikut dan juga.

So, kalau mana yang ada bajet lebih, tak rugi korang spend untuk bermotorhome. Bukan selalu, alang-alang nak hanguskan duit tu kan. Pengalaman tu yang lebih berharga. Lebih-lebih lagi dengan yang tersayang. Enjoy your trip!

Comments

Popular Posts