Menawan Ledang vol.2 - Flora dan Fauna
Trip Gunung Ledang kali ini agak istimewa bagi aku. Sebab trip ini adalah yang pertama untuk tahun ini setelah berehat setahun selepas mendaki Gunung Berlumut tahun lepas.
Ini juga merupakan trip peribadi kedua menawan puncak Gunung Ledang selepas cubaan pertama pada 2013 melalui laluan Asahan dengan dipandu orang asli - secara illegal. Aku juga mengharapkan puncak yang berkabus hari ni.
Rakan² memberikan kepercayaan kepadaku untuk menguruskan trip kali ini dan alhamdulillah berjaya mengumpulkan seramai 20 orang (walaupun sebenarnya ada lagi yang berminat). Tapi atas sebab pakej trip, bilangan pax terpaksa digenapkan.
Untuk trip balik hari kali ni, masing² datang ke Ledang seawal sehari dan menginap di Ledang Resort dan rata² bertolak awal pagi - gerak jam 4-5 pagi, subuh dan sarap di R&R Pagoh.
Jam 8 lebih tiba di Ledang Resort, bersiap, taklimat, panaskan badan, ta'aruf bergambar dan bertolak sekitar jam 9.20 pagi. Sangat lewat sebenarnya untuk pendakian selama 6 jam ke puncak, dan mendaki turun selama 4 jam.

Bagi yang fit mungkin tiada masalah, tapi untuk yang pertama kali atau punya langkah yang tak berapa laju, tempoh tu mungkin lebih daripada jangkaan.
Untuk trip ni ada yang berjaya keluar seawal jam 5.30 petang hingga yang terakhir jam 9.50 malam. Dengan keadaan laluan balik yang gelap dan basah disebabkan hujan. Ini trip kedua paling lama bagi aku selepas yang paling lama di Gunung Nuang dengan orang terakhir keluar pada jam 12.30 pagi. Ya, awal² pagi yang gelap tu.
Okay, balik semula ke trip Ledang. Aku tak berminat nak bercerita secara travelog ekpedisi kami. Itu anda boleh dapatkan di entri² travelog yang lain. Untuk kali ni aku suka kongsikan suasana dan persekitaran hutan Ledang untuk tatapan anda. Daripada keunikan flora dan fauna, halangan yang menanti pendaki hinggalah kepada suasana berkabus di puncak ledang.
Menjadi tabiat aku untuk awas dengan benda² unik sepanjang laluan mendaki sambil merakamkannya. Itu aku lakukan untuk menikmati pendakian dan menghayati keindahan alam. Adalah merugikan anda hanya mendaki, mengeluarkan peluh tanpa menghayati dan menikmati persekitaran. Bukan selalu anda dapat peluang macam tu kan.
Sepanjang mendaki naik, pendaki (mana yang perasan) akan disajikan dengan kecantikan flora dalam kategori kulat yang tumbuh sepanjang laluan, mungkin sebab hujan, cendawan ni tumbuh melata. Ini aku sajikan
Gmbar² flora
Gambar² fauna
kura² apa ini? |
buat mende tu |
Ini pula antara cabaran yang perlu dihadapi untuk ke puncak
Dilupa tidak pemandangan indah buat sajian mata yang menggamit kenangan
love this view |
Okay sekian. Harap terhibur.
Comments