Ada Apa Dengan Pembentangan Bujet 2012?

Petang ini semua penduduk Malaysia pasti sudah mencatat di dalam diari telefon masing², untuk Pembentangan Bujet / Belanjawan bagi 2012. Ramai yang memberikan cadangan masing² yang tiada lain sebagai cara untuk menjaga hak dan kebajian setiap individu atau pun kumpulan. Tidak kurang pula yang membuat andaian tentang kandungan dan perbelanjaan pada tahun 2012 oleh kerajaan. Bukan itu saja, yang paling dan sangat² dinanti terutama penjawat awam, ada kenaikan gaji atau bonus tak?


Apa pun yang mereka semua ini harapkan dan andaikan, yang pastinya bujet 2012 tidak akan lari daripada program transformasi kerajaan yang pernah dilancarkan sebelum ini. Aku bernasib baik kerana diberi peluang mewakili oragnisai-ku untuk ke majlis pelancaran Program Transformasi Kerajaan [GTP] itu. Antara GTP yang disasarkan adalah;
# Mengurangkan jenayah.
# Membanteras rasuah.
# Mempertingkatkan pencapaian pelajar.
# Mempertingkatkan taraf kehidupan isirumah berpendapatan rendah kepada berpendapatan tinggi.
# Mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar.
# Mempertingkatkan pengangkutan awam bandar.

Jadi sudah pastinya Bujet 2012 tak lari jauh daripada semua di atas ni. Kalau lari pun, nak lari ke mana kan? Cerita banyak pun tak guna. Jom saksikan secara langsung di sini LANGSUNG PEMBENTANGAN BUJET 2012 ihsan TV Al-Hijrah jam 3 petang ini.

nota: Sila muat turun perisian Flash Player untuk melihat paparan di atas

Comments

Elih Japahar said…
Syabas utk rakyat Malaysia, harap bajet ini telus dan bukan sekadar ginik..
pyejal said…
@Elih Japahar Walaupun best bujet ni. tapi ada yang tak kena..adakah yang kaya terus kaya, yang miskin kekal merana?

Popular Posts