Menghilangkan Batuk Berkahak Berpanjangan

Umum maklum, kalau batuk je mesti nak makan ubat batuk cap ibu dan anak. Tapi kalau nak ke kedai pun jauh mesti tu menjadi masalah. Cuaca sekarang pun susah nak jangka, tak menentu untuk diduga. Itu pasti merisaukan kita dan mengganggu urusan seharian. Rasa macam nak garu² je kerongkong tu kan? Batuk pula sampai macam nak tercabut paru².




Mungkin ada yang tahu, mungkin juga ada yang lupa satu petua / tips orang² lama untuk macam mana nak hilangkan batuk berkahak yang mengganggu diri sendiri dan orang lain. Tidak pasti untuk batuk kering  boleh ke tak? Tapi kalau batuk kering tu bahaya. Kuarantinkan diri anda ye. Sebaiknya berjumpalah doktor.

Ok, untuk hilangkan batuk berkahak ni, senang je, minum air asam jawa. Kalau rajin buat la sendiri kat dapur. Buat secukup rasa, kalau tak manis, tambah gula. Tapi kalau agak² malas dan ada duit sikit kat kocek, boleh la ke 7eleven atau kedai runcit terdekat untuk dapatkan sebotol  dua air asam jawa. Tak perlu buat apa, just minum sampai habis je. Tak cukup, beli lagi sebotol.

Implikasi dia? Lepas minum dengan penuh nikmat, tekak akan pasti terasa gatal yang amat. Tapi jangan khuatir, itu normal. Anda akan kerap batuk dan batuk dan batuk lagi. Tapi apa yang anda akan perasan, lepas batuk tu, pasti kahak akan mudah terkeluar. Dah terkeluar tu, pandai² la buang, jangan ditelan pula.  Memang rasanya sedap kalau ditelan. haha. Tapi kalau telan, memang susah nak baik la jawabnya. Jadi kena la dibuang kahak tu.

Yang bestnya minum air asam jawa ni, bukan saja  suara korang akan jadi lunak dan merdu, tapi lidah juga akan fasih berbahasa Jawa. Eh betul ke? haha. Yang fasih cakap Jawa tu tipu je. Suara jadi merdu tu betul, macam buluh perindu gamaknya..

Sekian. :)

Comments

e.l.i.z.@ said…
hahha memandai la fasih berbahasa jawa pas minum asam jawa :P

dulu kan, sy x penah try minum asam jawa..sejak 2 menjak ni, br sy berani try..rupanya sedappppppp
pyejal said…
@e.l.i.z.@ tomato pun dah jadi jus. rugi tak minum.
cer baca ni - siji, loro, telu, papat, limo, nenem, pitu, wollu, song-gho, - kira dah tau cakap jawa la tu. haha
Jengkerek4mlm said…
Lau nak minum asam biarlah Wak Jawa yg buat....
Baru lah di panggil air asam jawa hehe
wah ternyata saya nyasar ke blog malaysia ..

Salam dari blogger indonesia ya ..

Popular Posts