Libur di Hutan Bandar

Untuk ke sekian kalinya, ambil ruang masa hari jumaat ni untuk bawa anak² berekreasi di Hutan Bandar JB. Rasanya dah lama tak ke sini. Sejak sang isteri hampir nak bersalin (hujung tahun lepas), sampai la tika ini, tak berpeluang nak jejak ke sini. Sebelum ni kerap juga sebab layankan si mek Lydia dan Sofiya main air kat sini.

Sampai² je kat Hutan Bandar ni kita macam biasa akan disajikan dengan riak air pancut yang ada di dalamnya ikan² besar (aku tak pasti ikan apa - kaloi, jenahak?) Entah. Aku tahu flower horn dengan ikan sepat je. Haha. Yang pasti, besarnya hampir sama dengan mek Nayla, si baby. 

Habis melalui ruang berbumbung ada la kedai kecil yang ada jual makanan ikan, air dan jajan. Pelampung dan belon juga ada. Agak terkejut juga bila kaki mula melangkah ke kawasan pejalan kaki kat hutan bandar ni. Wow, baru! sebab dah berbulan tak sampai ke sini. Jakut yang minimum je.

Apa yang aku boleh kata, hasilnya cantik, kemas dan lebih menarik. Kalau sebelum ni laluan pejalan kaki dia tak rata dan memungkinkan orang yang lalu terutama budak untuk tersadung dan jatuh. Nak bawa stroler pun dah senang sekarang. Mana yang nak berjoging juga amat sesuai. 

A photo posted by Sofiya| Lydia| Nayla (@ynamazlina) on




Untuk kali ni datang nak main playground je. Tak ada niat nak bawa budak² ni berenang di tepian kolam. Datang hari jumat pagi, terkejar² nak ke masjid pula nanti. Untuk Nayla, ni la kali pertama dia sampai. Tak terfikir nak bawa dslr, kalau tak boleh photoshoot sekali. Mungkin lain kali saja la.





Penat berjalan, budak² ni membuang pula. Satu kerja pula nk mencuci. Nasib dah stanby lampin. haha. Lain kali kena beringat. Bawa lampin ya. Ingat tu, mak bapak yang ada anak² kecil.

Comments

Popular Posts