Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) - Taklimat Ringkas Tok Pa


Kelmarin berpeluang sekali lagi bertemu muka berjabat tangan dengan DS Mustapa Muhamad atau orang suka gelarkan beliau sebagai Tok Pa. Kali pertama berjumpa dan bergambar bersama semasa hadir persidangan pemimpin pelajar di Genting Highland, Pahang.

Untuk kali ini, dapat bertemu wajah dengan beliau untuk sesi taklimat ringkas Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) kepada warga akademik serta agensi kerajaan dan swasta sekitar Johor Bahru. Walau pun sesinya satujan setengah saja (5.45 petang - 7.10 malam) tetapi kehadiran audiens tidak menghampkan dengan dibantu dengan kehadiran pemimpin pelajar di UTM. Tok Pa mungkin sangat mesra dengan 'budak² sekolah' sebab sebelum ni pernah menjawat Menteri Pendidikan Tinggi (KPT).

Taklimat bermula ringkas dan majlis berjalan secara santai tanpa nyanyian lagu Negaraku. Sebab mengutamakan sesi taklimat sebagai perkara utama untuk perkongsian bersama audiens, jadi masa sangat terhad. Penjelasan disampaikan sekitar 45 minit dan kemudian sesi soal jawab dibuka kepada audiens. 



Soalan yang mungkin menarik perhatian semasa sesi soal jawab tu adalah sama ada TPPA ini tidak menjadi seperti mana pelaksanaan GST. Terngiang² ayat seorang menteri -
"Saya dengan yakin mengatakan harga barangan akan turun selepas pelaksanaan GST".
 Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Untuk kes GST, cukai dikenakan hanya 6% sahaja kepada pengguna (memang betul) tetapi 'mereka' gagal menjelaskan bahawa cukai telah pun dikenakan kepada pengeluar (6%) dan pembekal (6%) menjadikan cukai awal telah dikenakan sebanyak 12%. Jadi cukai yang sampai kepada pengguna adalah 18% sebenarnya. 

Berbalik kepada TPPA, pendapat peribadi aku (cuba untuk neutral), mungkin TPPA sesuatu yang baik tapi tetap ada juga keburukannya. Aspek positifnya adalah memastikan pasaran Malaysia kekal releven untuk menarik pelabur asing disamping membuka peluang pekerjaan dan persaingan sihat dikalangan peniaga tempatan dan luar. 

Selain itu, pesaingan sihat kepada peniaga tempatan adalah untuk memastikan kualiti produk dan perkhidmatan yang dihasil memenuhi kehendak pelanggan. Ini adalah cabaran utama kepada TPPA ini. (Boleh jadi) mereka yang menggubal polisi TPPA ini dapat membaca senario yang akan terjadi kepada pengusahan tempatan untuk memastikan mereka ini dapat bertahan seterusnya bersaing dengan pengusaha luar.

Jadi, cabaran utama atau mungkin keburukan kepada TPPA ini adalah apabila pengusaha tempatan gagal untuk bersaingdengan peniaga luar, ini secara tak langsung boleh menjejaskan peniaga tempatan untuk bertahan. Pengusaha luar kebiasaannya mempunyai modal yang besar dan bermain dengan 'volume' untuk mengurangkan kos untuk persaing dengan pasaran tempatan. 

Jadi, pengusaha tempatan perlu bijak dalam mengatur strategi perniagaan dan perlu masak dengan keingginan pelanggan untuk mengusai pasaran atau industri yang mereka ceburi. Kos operasi, pengeluaran, pemasaran, penambahbaikan berterusan dan pengurusan yang baik mampu menjadikan pengusaha tempatan kekal berdaya saing.

Dalam pada itu juga, masyarakat perlu faham akan kuasa yang mereka miliki iaitu sebagai kuasa membeli. Walau pun TPPA hanya akan dilaksanakan dalam masa 2 tahun lagi, para pembeli sudah boleh memahami akan persaingan ini. Kita sebagai pengguna perlu sebenarnya menyokong kepada produk tempatan yang mana promosi "marilah membeli produk temaptan" telah jarang sekali di angkat oleh pihak pemerintah.

Jadi TPPA ini adalah agenda besar yang boleh memberi kesan besar kepada masyarakat dan negara. Sebagai orang kebanyakan yang hanya mempunyai kuasa tak berapa besar, peranan kita adalah untuk saling bantu-membantu demi kelangsungan dan survival masyarakat dan keluarga.

Untuk slide taklimat Tok Pa boleh dimuat turun di sini. - TPPA

nota: artikel ini adalah pendapat peribadi dan maklumat dan data yang disertakan mungkin kurang tepat. Penulis tidak bertanggungjawab atas ketepatan maklumat yang dinyatakan.

Comments

Popular Posts