Mengqada' Raya

Qada' solat biasa dengar. Qada' puasa pun agak kerap didengar, tapi qada raya agak baru bagi aku. Mungkin juga kamu orang semua. Hujung minggu baru ni, aku bersama orang rumah sempat cabut balik ke kampung menziarah orang tua di Batu Pahat. Raya baru ni kami balik 2 hari sebelum raya, sebabnya aku beraya kat rumah mertua untuk pertama kalinya. Ada juga cadang nak balik kampung dalam bulan raya tu, tangguh punya tangguh, lepas dah raya. Sudahnya minggu ni baru sempat ke kampung halaman walaupun punya masa 24 jam untuk pulang semula ke JB.

Laluan pulang kali ini lain sikit, aku saja lalu Yong Peng-Pt. Sulong untuk laluan aku kali ni. Jalan Pt. Raja agak kurang ideal untuk aku lalui waktu malam. Jalan dah la lintang pukang, lampu pulak takde. Sengal mereka ini! Saja mau menambah statistik kematian di Johor ini. Apa pun, alhamdulillah aku selamat sampai  ke rumah dalam sejam setengah je.

Sabtu pagi tak ada perancagan sangat, aku blur nak buat apa. Keluar  rumah, hirup udara segar kampung memang best. Ronda² keliling rumah, ternampak pula pokok buah kabung - buah yang kerap digunakan dalan kebanyakan menu ABC Special dan Cikong. Kamera aku gapai, sempat la petik gambar² yang cantik, pada aku la. Korang tengok mesti biasa je.

Buah Kabung (putik)
Pokok Kabung

Flying bee

Selang beberapa jam, sepupu-ku berkunjung ke rumah, menjemput ke rumahnya untuk majlis doa selamat untuk dirinya yang akan ke Mekah menunaikan haji. Alhamdulillah, sampai seru mereka ini. Giliranku bila pula ya? 

Lepas Zuhor, aku bersiap dengan baju melayu pinjam ditemani orang rumah, terus ke rumah sepupu-ku itu. Isteriku sempoi berbaju t-shirt lengan panjang dan berseluar. Memang lepak. Aku siap bersongkok lagi cuma berseluar slack. Melihat kelibat² makcik yang hadir, lengkap mereka ini berbaju kurung. Jemput pun mengejut, jadi kami harung saja. haha. Selesai makan² dan berborak dengan sedara-mara, kami balik dan merancang untuk aktiviti seterusnya ialah - beraya!

Destinasi yang pertama ialah Semerah- rumah abang-ku. Orang rumah tak pernah sampai situ, jadi itu tempat terbaik untuk di tuju. Rumah abang-ku pula tengah dibaik pulih. Agak semak la halaman. Takpe, raya lagi penting. Lepak sekejap kat situ, kami disaji dengan kuih raya. Wah! Ada lagi saki baki rupanya. Habis menyoal dan menjawap soalan² tipikal semasa raya, aku cabut. Duit raya tak perlu bagi kot. Raya dah habis. haha.

Rumah seterusnya, aku terus ke Sungai Pulai, akak-ku ada di situ. Lepas masuk kampung Sungai Pulai, puas aku mencari rumah. Ingatkan tersalah masuk kampung, rupanya rumah dia dah cat baru. Hampeh. Sempat lepak barang setengan jam, aku bergegas balik. Tak boleh lama, aku perlu berkemas, malam nak balik semula ke JB. Dalam perjalanan pulang, sempat aku bertenang di kawasan sawah padi Sarang Buaya. Jangan ingat Kedah je ada padi, kat Johor pun ada jelapang padi tau.

Inilah serumpun pokok padi

Sawah padi Sarang Buaya, Muar

Sawah padi Sarang Buaya, Muar

Kamera sekali lagi aku capai. Sempat juga ketik beberapa keping gambar kami berdua posing. Dan inilah hasilnya. Ntah apa². Gambar pergi qada raya aku tak berapa sudi nak ambil sebab aku tak nak jadikan sebagai bahan sejarah. Jadi cukup la gambar posing kat tepi bendang je.

Beraya di bendang


Selang sejam, tepat jam 7.30 aku terus cabut balik JB. Penat juga woo. Jadi itulah kisah seorang insan yang mengqada rayanya tahun ni. Korang ada cerita? Meh kongsi. haha.

Comments

e.l.i.z.@ said…
lalu jln belakang tu mmg scary!
eh lawa la gambar²..i loikeeeeeee
pyejal said…
@e.l.i.z.@ scary sikit jek kot. haha. nway TQ :)

Popular Posts