Home Fair 2011, Persada, Johor Bahru

Hujung minggu baru ni, aku berkesempatan ke pameran Home Fair 2011 kat Persada Johor Bahru. Plan awal hanya nak ke majlis kahwin 2 orang rakan pejabat di Nong Chik dan di Tampoi. Tapi memandangkan dah dekat² dengan bandar tu, aku bersama yang tersayang yang kebetulan dapt cuti, terus menongkah arus trafik menuju Persada JB.

Berlangsung dari 7 - 9 September, pameran ni kali pertama aku turut serta. Rancangannya nak tengok² rumah terkini. Mna tau ada yang berkenan dihati, boleh la beli sebiji dua [macam beli buah kelapa]. Masuk dalam dewan pameran teruja sungguh aku dengan hiasan dalaman semua booth yang terlibat. Daripada set langsir, bilik tidur, CCTV, ruang tamu hinggalah kepada peralatan dapur, rambang mata dibuatnya kami. Dalam tengok² tu juga, aku sempat la tangkap suasana dalam dewan tu walaupun akhirnya, baru aku tahu  selepas ditegur, "tidak dibenarkan mengambil gambar!". Security pun tak halau, so buat bodo saja la.[mungkin sebab aku pakai baju Celcom kot, tu diorang ingat aku peserta pameran. haha]


Dalam banyak² booth tu, aku terjebak dengan satu booth dapur memasak yang menggunakan elektrik. Nampak menarik dimata walaupun duit di kocek tak berapa nak ada, aku singgah medengan penerangan promoter tu. Siap test goreng hotdog tanpa mengeluarkan asap! Dan saat yang paling best, bila promoter tu jerang air di atas dapur tu dengan periuk yang air tu, walaupun dialas dengan buku, air tetap mendidih dan buku pula tak terbakar. Wah! [jakun sekejap]. Buku tak terbakar, tapi air tetap mendidih. [garu kepala].

Nampak tak buku bawah periku tu.
Dalam perik, air tengah menggelegak.
Dengan kos dapur memasak tu diluar pameran RM3k, aku berkira², mungkin 3-4 tahun lagi kot baru aku merasa nak guna. haha. Tapi memang ajaibkan. Habis dengar promoter Cina tu bersyarah dengan bersungguh dalam bahasa Melayu, aku tinggalkan beliau tanpa sebarang dapur memasak yang aku beli.  Kesian. Booth lain menarik juga lagi² set bilik tidur. Nasib baik aku dah beli sebelum ni, jadi tak berhajat langsung nak singgah.



Selang sejam kat situ, aku bergegas keluar untuk ke majlis kahwin ke-2. Niat asal nak tengok² rumah idaman hanya tinggal angan² sebab rupanya booth hartanah kat foyer luar dewan - tempat pintu masuk. Jadi sebab dah lewat, malas nak masuk balik, kami balik dengan sedikit hampa. Kena datang lagi tahun depan ni. So, kalau korang ada rumah² best yang dengar² nak dijual ke kat area JB, sila roger saya. Mungkin saya berminat.

Apa² pun pameran Home Fair ni sangat² best, cumanya banyak betul muka Eric Leong di sana sini, kenapa tak ada muka Johan Raja lawak? haha.

sekian.

Comments

maszull said…
salam...mmg best kalau pi pameran Home fair ni mcm ada seronok...:)
pyejal said…
@maszull Yer, seronok memang ada di Home fair tu..hehe :)

Popular Posts