Berdiri Di Atas Kaki Sendiri

Kendiri atau bahasa mudahnya berdiri di atas kaki sendiri agak kerap kita dengar. Tapi tak ramai yang mampu berdiri di atas kaki sendiri tanpa bergantung kepada orang lain. Perempuan contohnya bila mana dia bergantung penuh kepada orang lain sama ada ahli keluarga, rakan²nya atau teman hidupnya, pasti perempuan ini akan hadapi masalah bila mereka yang disekelilingnya itu tiada. Lihat saja bila kes kereta seorang perempuan rosak, apa yang akan dia buat?




Dalam keadaan sekarang yang sentiasa pantas, ada juga insan yang masih bergantung harap kepada bantuan orang lain. Kebergantungan yang keterlaluan ni dalam jangka masa panjang akan beri kesan negatif kepada orang² ini. Peminta sedekah contohnya, [bukan nak menghina mereka ini, sekadar contoh] bila terlalu sangat orang ramai memberi sedekah kepada golongan ini, mereka [peminta sedekah] akan menggangap itu sajalah harapan mereka untuk terus hidup. Dan mereka ini kekal sebagai peminta sedekah sampai mati. Itu silap sama sekali.

Sebenarnya, banyak saja cabang untuk seseorang maju tanpa bergantung hidup kepada orang lain. Pertama sekali kena betulkan minda [mindset]. Jangan sesekali mengatakan, 
"inilah takdir aku, dan aku perlu teruskan dengan apa yang ada", 
atau mungkin,
"ini saja yang aku termampu, lagi pun keluarga aku bukan orang berada pun".

Mental block ini lah yang membuatkan kita tak berdaya maju dan tak berdaya saing dengan orang lain. Ditambah pula sangat bergantung harap dengan bantuan orang lain. 

Dalam hidup ini, untuk berjaya bukanlah kerana "apa yang kita buat" TAPI yang sebenarnya adalah, "BAGAIMANA KITA MELAKUKANNYA". Pernah tak dengar lepasan ijazah kejuruteraan berjaya kerana pertanian? Pernah tak kita dengar seorang akauntan dengan kelulusan ACCA berjaya sebagai tukang masak? Pernah dengar nama Chef. Wan? Itulah orangnya.

Hebatnya seseorang itu adalah bila mana dia tidak bergantung kepada orang lain.

Jadi sebenarnya tak ada alasan untuk kehadapan tanpa bantuan orang lain. Belajarlah berdikari dan bersemangat dalam melakukan sesuatu. Paling penting juga, lakukan perkara yang kita suka dan minat tidak kepada perkara yang kita terpaksa lakukan. 

Insya-Allah semoga berjaya. :)




Comments

Ujie Othman said…
kalau kita pandai berdikari, biasanya kita takde masalah walau di mana kita berada. sbb sume masalah tu kita mampu selesaikan sendiri.
mimizuzuhaha said…
nak diri atas kaki sendiri ni kene kuat mental dan fizikal, kalau fizikal ja kuat tapi mental lemah boleh jadi pesakit mental pulak silap-silap haribulan =P
Unknown said…
tapi kalau ada yang
menghulurkan bantuan
apa salahnya terima...
heheheh...
hidup kan saling memberi dan menerima..:)
pyejal said…
@Ujie betul.cikgu pun dulu ckp mcm tu..
pyejal said…
@mimizuzuhaha silap haribulan taxpe lagi. jgn silap bulan sudah la..haha
pyejal said…
@diana kalau dah ada yang sudi terima je la. tapi jgn sampai termakn budi dah le...huhu

Popular Posts