Sebab² pyejal.theStory Berpindah ke Domain sendiri - pyejal.com

Mungkin ini entri terakhir aku aku di sini sebelum pemindahan secara rasmi ke 'rumah' baru di pyejal.com. Untuk perancangan awal, weblog ini akan terus kekal. Memiliki domain sendiri adalah impian kebanyakan blogger dan juga usahawan internet. Ini tak terkecuali kepada aku sendiri. Antara sebab² aku perlu berpindah adalah:

1. Aku telah mempunyai domain pyejal.com sejak 2009 lagi, namun asyik renew saja kerjanya. tak pernah nak run terus. Sehingga saat ini domain itu aku dah beli 2 kali dan renew sekali. Kali pertama aku beli 2009 tapi aku tak renew langsung. Lepas teringin memilikinya semula, aku beli balik domain tu tahun 2010 lalu. dan selepas terbuka hati nak run terus, aku renew semula ogos lepas dan kini aku cuba memberanikan diri untuk try and error. Akhirnya aku berjaya melakukannya sendiri tanpa bantuan sesiapa [kecuali bantuan teknikal oleh teknikal grup di internet-webhosting - mereka super pantas!].



2. Sebab ke-2, aku dalam projek menjadikan fotografi sebagai minat baru-ku [dah lama sebenarnya, tapi nak asah balik] dan domain tu aku nak jadikan platfom terbaik untuk mempromosikannya. Banyak projek berlegar di kepala dan menunggu untuk dimulakan, insya-Allah pada 2012 adalah tahun terbaik untuk aku memulakannya. Tahun ini amat sarat. Aku perlu selesaikan pengajian sekolah-ku SEGERA! Anda boleh saksikan sebahagian projek fotografi-ku di pyejal.com/photography - masih dalam  pembangunan persembahan dan belum sedia untuk dilancar. 


3. Sebab ke-3, macam yang aku bagi tau tadi, aku dah perap lama domain itu, dan aku nak gunanya sekarang. Boleh? haha.

4. Kau ada? Aku dah ada domain sendiri. haha. dan aku perlu selenggara dan pastikan domain ini kekal aktif sentiasa. Itu lebih mencabar kan?

5. Untuk seronok² sambil menimba ilmu mengenai pembangunan maklumat dan penyelenggaraan web. Itu sudah pasti termasuk dalam skil teknikal dalam resume aku nanti. Bukankah itu bernilai untuk kenaikan pangkat dan pasaran kerja?

6. dan yang terakhir, aku boleh panjangkan ilmu dan pengetahuan aku tentang pengurusan domain kepada mereka yang memerlukan. Itu juga satu sedekah jariah untuk bekalan aku kelak. Insya-Allah.

Cukup setakat ini. Banyak alasan tak bagus, nanti tak membantu dalam pembangunan diri. Yang penting, teruskan perjalanan hidup, dan jangan pernah berhenti. 

Jumpa anda di pyejal.com/blog [pastikan disenaraikan dalam bloglist anda ye. Nanti aku senaraikan weblog anda di sana juga.

tata. wassalam. :)

Comments

Hilda said…
awsome post

Popular Posts