Mendahulukan Yang Utama

Agak lama tak mengemaskini weblog atas sebab kesibukan tugasan harian. Maklumla dah hujung tahun, kerja pula makan gaji. Ada sasaran [KPI] yang perlu dikejar tahun ini. Kalau hanya fokus pada blog, pasti saja kerja-ku akan lemau. Aku bukan insan luar biasa yang mampu buat banyak kerja dalam satu² masa. Tapi dengan penumpuan, insya-Allah satu² kerja akan dapat disiapkan dengan kualiti yang lebih baik berbanding membuat semua kerja dalam satu² masa. Gila apa, kan?

kredit:ramonacreel.com


Aku ada menonton satu siri National Geographic tentang multitasking [buat banyak kerja dalam satu² masa]. Kesimpulan mudah dari episod tu, kita boleh buat banyak kerja dalam satu² masa, tapi kualitinya adalah teruk, diulangi, TERUK. Contoh yang ditunjukkan dalam episod tu, apabila seorang lelaki yang berkata dia adalah seorang multitasker diuji degan beberapa ujian. Ujian yang diberikan - memandu kereta sambil bercakap di telefon dan mendengar muzik pada masa yang sama. Pada sesi ujian pemanduan tersebut, pemandu diberikan halangan sepanjang laluan pemanduannya. Hasilnya, cara pemanduan menjadi semakin teruk, perbualan di telefon juga tidak berkualiti dan yang pasti pemanduan yang seperti itu mampu mengundang kemalangan.

Aku pada masa ini agak pening menyelesaikan tugasan untuk sasaran KPI tahunan. maklumlah, tahun 2011 tinggal beberapa hari je lagi pun. Pada masa sama, aku perlu juga menyelesaikan tugasan projek bagi pengajian sarjana-ku. Boleh je nak buat time waktu kerja, tapi aku rasa macam tak best pula. Aku pernah terdengar ustaz bercakap, kalau kita telah dibayar untuk pekerjaan kita [makan gaji], walhal kita sibuk buat kerja peribadi. Berkat ke rezeki yang kita dapat tu? 

Contoh mudah, kita dibayar setiap hari untuk tugasan yang dah dipertanggungjawabkan, tetapi apa yang kita buat sibuk berfacebook berjam², berbual kosong dengan kawan sekerja tapi dihujung waktu kerja, tugasan yang kita dibayar untuk hari tersebut kita tak selesaikan. Berkat ke gaji yang kita dapat untuk hari tu? Itu satu hari, kalau beberapa hari? 

Begitu juga berblogging, seharian kita berblog, komen di weblog orang lain, sibuk buat entri semata² nak dapatkan side income daripada nuffnang yang tak berapa sen. Tapi kerja yang dibayar setiap bulan tak diselesaikan dengan baik. Nak berblog tu tak salah, tapi carila masa yang sesuai, masa rehat ke, lepas waktu pejabat ke, kat rumah ke. Bukannya tak boleh kan? Alasan sentiasa menguasai segala.

Ye, kadang-kala kita alpa dengan rentak kerja orang lain. Apa orang lain buat, kita nak ikut. Walhal itu tak betul. Sebaiknya, betulkan setiap kerja yang kita buat dan mulakanlah dengan niat kerana-Nya. Fokus dan maaf, aku sebenarnya lebih bercakap dan mengingatkan diri aku sendiri sebenarnya. Kepada yang terasa, ampun dan maaf dipinta, selamat hari raya aidil adha. :)

Comments

Unknown said…
bila banyak kerja nak buat jadi terkejar la nak menyiapkan semuanya..tu yang jadi tak sempurna je kerja nya..kalau tak siap cemana nak berehat kan??jadi baik la buat satu selepas selesai yang satu..biar lambat asal selamat..:)
Ujie Othman said…
yelah..utamakan yg utama. blogging ni sampingan.
pyejal said…
@diana & Ujiebiar lambat asalkan siap. :)

Popular Posts