Berhijrah ke Blog Baru!

snips snips...

ermm bau kedai!

Sebenarnya tak la bau kedai mana. Tapi segar dari ladang. Setelah lama memerap domain dengan baik sebelum ini, terbit juga akhirnya. Seminggu dua ni, selain bertungkus lumus mengumpul bahan untuk kerja kursus sekolah-ku, aku sempat juga beriklan dengan mencuba mengaktifkan personal blog menggunakan domain sendiri. 


Aku rajinkan diri mengkaji selok belok setting pada plesk dan wordpress, tanpa mengenal penat lelah, aku akhirnya berjaya mengaktifkan pyejal.com ke dunia maya. yeah!!

Terima kasih kepada-Nya dan juga kepada support team internet-webhosting di atas bantuan untuk merealisasikan impian-ku ini. Untuk weblog ini akan ku kekalkan kerana sumber ilmu yang masih perlu dirujuk dan disebarkan kepada umat manusia. 

Apa pun aku bersyukur, saat weblog ini dilancarkan pada somewhere April 2011 aku berjaya mencapai beberapa target yang aku mahukan. 

Aku mahu
i. mendapat sekurang²nya Pagerank 1. Tapi aku dapat PR3!
ii. mendapat kunjungan hits sekurang²nya 10000 hits sehingga hujung tahun ini. Saat entri ini ditulis hits semasa telah mencecah 9728, dan November masih ada beberapa hari juga Disember, cukup 31 hari, insya-Allah 10,000 hits berjaya aku capai.
iii. inlink saje yang kurang berjaya aku peroleh. 500 inlink sasaranku tapi semakin mengecil kepada <100 pula saat ini. Aku pelik.

Terima kasih kepada semua yang menyokong secara terangan dan secara diam² juga. Amat aku hargai. Kepada yang telah berpaut ke sini, jangan lupa menambah http://pyejal.com/blog sebagai destinasi blogwalking dan tersenarai dalam bloglist anda.

Di sana lebih cerah, lebih lapang dan lebih bersih daripada biasa. see you there  :)




Comments

Ujie Othman said…
tahniah! dapat pindah rumah lebih bagus..
pyejal said…
@Ujie TQ. jemput berkunjung ke sana..:)

Popular Posts