Percutian Pendek Thistle PD

Hujung minggu lepas, kami sefamili dapat peluang jejak kaki ke Port Dickson. Kalau lokasi sebelum ni area Teluk Kemang, tapi kali ini agak pinggir sikit. Terjebak dengan famili day klinik wife bekerja, aku turutkan saja ke PD. Alang² ada orang sponor sambil bawa anak² makan angin luar sedikit daripada bumi JDT.

Kami bertolak pagi Jumaat, berhenti untuk kudapan di R&R Pagoh. Memang meriah makan berjemaah di tengah² wakaf kat R&R Pagoh tu. Sambil pakai baju sponsor. Bijak gitu marketingnya. Selesai kudapan semua berangkat ke destinasi dan tiba sekitar jam 2.30 petang di Thistle PD.

Tempat yang cantik, tepi pantai. lama tak main ombak selepas pergi majlis kawin Azizi tahun lepas. Maaf tak ada gambar laut kali ni sebab tak ke laut. Lagi 100 meter nak sampai pantai diorang dah ajak balik, - takut katanya.

Tepat jam 3.30 petang kami turun untuk turut serta sukaneka. Anak² dijanjikan mandi kolam, tetapi selepas jam 5.30 baru diorang boeh jejakkan kaki ke kolam. Tak merana nak melayan diorang ni sebab sukanekanya lama sangat. Tapi ok la sukaneka tu, simple game tapi menarik. Anak² je la tak puat hati tak dapat² masuk kolam. Lepas dapat masuk kolam tu seronok la diorang. Lydia yang mula² tak sihat pun jadi sihat. Pelik.


Malamnya kami disajikan indoor game oleh tuan punya famili day. Main tukar² hadiah dan penyampaian hadiah sekali. Sebagai pakar baling dadu, aku diminta untuk buat balingan terakhir sebab mata seri dan team aku menang! haha (seronok² je baling dadu tu). Makan malam dan penyampaian hadian tu semua buat dalam bilik je. Memang binggit la jiran² sebelah tu.

Esoknya kami sarap di restoran Thistle PD sahaja (ingat makan di luar). Menu standard tempatan dan menyelerakan. Lebih sedap lagi ada yang belanja. Selesai makan terus naik bilik, tukar baju renang dan terjun kolam. Sambung lepaskan gian semalam dengan anak² dara 2 orang ni. Gambar tak dan nak ambil sebab nak main air kan.

Puas main kolam dan berkemas, kami check out jam 12 dan terus bersurai. Dalam nak balik JB tu, boleh pulak tersesat sampai IKEA Cheras. haha. Sebab tak pernah sampai sambil² bawa Nayla jalan jauh (dia tak pernah lagi ke KL). Boleh la layankan alang² menyeluk perkasam kan. Walhal mata dreba ni nak rabak juga ditambah pula cuaca terik.

Tapi alhamdulillah perjalanan pulang lancar dan selamat sampai ke JB sekitar jam 2230. Untung gunakan waze bila berjalan ni. Sangat membantu bila mana ada insiden di highway, boleh la lari jalan lama untuk elak sesak. Kalau tak, mau sampai rumah pukul 12! Esok kerja wei!


Comments

Popular Posts