Menjinakkan Diri Menulis - Artikel Pertama di Media

Minat menulis memang dah lama jinak. Aku mula terasa aku ni jinak menulis masa tingkatan 4 dulu. Karangan Bahasa Melayu aku sentiasa dapat perhatian cikgu. Walau apa pun, keputusan SPM untuk Bahasa Melayu tak perlulah aku nyatakan kat sini. 

Selesai sekolah menengah dan masuk alam universiti, skil menulis aku tak berapa menyengat atas sebab kurang keperluan untuk menulis kecuali buat kerja sekolah yang diberi pensyarah masa tu. Habis zaman universiti, aku masuk alam pekerjaan yang juga tak menjadikan aku jinak semula dalam penulisan. 

Hinggalah bila aku sertai satu kementerian ni, aku mula mendalami lenggok bahasa orang gomen menulis. Itu aku kutip masa menulis surat. Dari situ aku asah balik tatabahasa aku semula. Walaupun sebenarnya otak aku 'kosong'. Kosong sebab aku dah lama tak membaca. Bila tak membaca aku tak ada input untuk aku lahirkan idea baru, pemikiran baru. 

Betul lah kata orang bijak pandai, dengan ilmu segalanya kita mampu kuasai. 

Berbalik kepada berjinak dengan menulis di media ni, semuanya berpunya daripada KPI yang bos aku tetapkan akhir tahun lepas. Atau kata lain, dia cabar anak buah dia untuk terbitkan artikel di media massa. Tak lain untuk tujuan promosikan nama organisasi di samping menyokong budaya keilmuan itu sendiri. 

Cabaran tu aku sahut dalam diam. Kepala sentiasa mencari peluang dan idea utk mencari isu. Terngiang² dalam kepala akan tips ni: - jangan cari isu sensitif, jadi neutral. Cari isu yang ada kaitan dengan organisasi dan tafsirkan dalam penghayatan mengikut pendapat peribadi. 

Dan hasilnya artikel tentang membina modal insan cemerlang melalui sukan aku pilih lanjutan penganjuran SukIPT di UTM awal Februari lepas. Tajuk asal yang aku pilih adalah "Membina Industri Sukan Yang Menguntungkan". Tapi mungkin editor tengok isi yang aku huraikan kurang sesuai dengan tajuk. Akhirnya, keluarlah rencana di Berita Harian 23 Februari 2016 dengan tajuk - " Sukan Mampu Jadi Kerjaya Menguntungkan".




 Orang tanya, macam mana artikel aku boleh keluar? Aku sendiri tak tahu nak jawab. Tanya editor yang terima artikel aku tu. Haha. 

Tiada rahsia sebenarnya. Apa yang aku buat, karang satu artikel yang umumnya masyarakat sedia maklum. Jangan sentuh apa² isu sensitif dalam huraian isi, jangan letak atau buat pertuduhan kepad individu atau orgnisasi. Berfikir neutral. Kemudian, gunakan bahasa yang orang biasa mudah faham dan bubuhlah dua, tiga perkataan bombastik sikit (ni penting sebagai gambaran tahap pemikiran penulis kepada pembaca). Selesai mengarang, baca dan semak beberapa kali lenggok bahasa, ejaan, dan perenggan. 

Untuk kes artikel modal insan sukan ni aku buat sedikit kajian senario semasa untuk pastikan isu yang aku bangkitkan perlu releven dengan acara yang nak disentuh dan infonya mestilah terkini atau masih baru. Semua aku kutip dalam talian. Buka web Forbes, selongkar info dalm negara dan luar negeri. Semua melalui Google. 

Selesai menulis, aku kena pastikan berapa patah perkataan yang aku guna. Jangan panjang sangat dan jangan pendek sangat. Takut nanti apa yang nak disampaikan tak tercapai dek tajuknya. Anggaran patah perkataan yang baik adalah 700-900 patah perkataan sahaja bersamaan kira² 13 hingga 15 perenggan. Macam mana tu? Korang buat dulu, nanti faham la apa yang aku maksudkan ni. 

Bila semua dah tip top dan berpuas hati, perkara lain sebagai bonus yang perlu disediakan adalah gambar profil. Ya la, mana tahu bila artikel terpilih nanti, dapat la poyo kejap gambar keluar kat surat khabar. Kalau nak masukkan gambar lain juga bolah dan sebaiknya disertakan dengan caption gambar. Untuk kes artikel aku ni, aku tak sertakan apa² gambar pun melainkan gambar profil aku sendiri. Semua gambar yang ada tu editor yang tambah. Mungkin dengan itu, naik kualiti pada artikel tu dan orang tertarik untuk baca. 

Dapat bayaran tak? Haha. Soalan tipikal. Untuk makluman, media sekarang ni tak berapa nak ada bajet. Kalau dulu mungkin ya. Tapi sekarang tidak ada, atau mungkin kolumnis tertentu je. So dapat la berkongsi info dengan masyarakat. 

Mana kau dapat slot menulis tu? Lagi soalan yang timbul daripada kawan². Sebenarnya aku main hantar je artikel tu. Tengok nasib. Ada rezeki keluar, kalau tak ada rezeki, tak tercapai la KPI aku 2016 ni. Tapi alhamdulillah, siapa sangka akhirnya terbit juga. walau puan mungkin ambil masa 2 minggu untuk artikel ni keluar daripada tarikh aku hantar. Jadi kena bersabar. 

Dan kalau korang nak mencuba nasib, boleh mula menulis dan lepas siap, e-melkan artikel (dalam bentuk word dokumen) beserta gambar profil dan gambar berkaitan (ikut kesesuaian) lepas tu hantarkan ke ketua editor atau ketua unit rencana akhbar tu. Hantar lalu e-mel tau, jangan pos pula. Diorang tak ada masa nak taip semula.  Korang boleb cari kat ruangan rencana, mesti ada diorang letak kat tepi². 

Macam best kan? Apa lagi, mulakan dengan perenggan pertama korang. Tajuk tu kemudian cari. Yang penting artikel tu siap. Tak siap memang tak muncul la tajuknya. 

Selamat mencuba.

Di bawah ni aku kongsikan artikel penuh yang telah aku garapkan. Tapi hanya 3/5 sahaja yang diterbitkan.






Comments

Popular Posts