Pemanas Air

Minggu ni mood nak pasang pemanas air baharu. Sang isteri nak guna masa balik berpantang nanti dengan si mek Sofiya nak mula ke school. Daripada malas nak nak tadah air kat water dispenser, lepas tu masuk dalam baldi, tambah air biasa pula. Banyak kerja, silap campur panas la, tersejuk la. Lagi mudah kalau ada pemanas air ni. 

Beli pemanas air ni dah seminggu, tapi tak sempat nak pasang, komitmen keluarga banyak sangat. Nak projek pasang pemanas air ni kena la fokus, baru mantap hasilnya. Haha

Macam mana nak cari pemanas air yang baik?

Saya pun kurang pasti macam mana, tapi secara peribadi apa yang patut dan kebiasaanya kita perlu buat adalah buat carian dan semakan berdasarkan bajet kita. Katalah kita punya bajet +/-RM500. Kita Google saja brand apa yang sesuai dan tengok testimoni pengguna. Melambak kita boleh cari. dan paling penting - warranty dan servis selepas jualan. Kos² lain yang mungkin kita kena pertimbangkan adalah kos pemasangan. Kena cek juga, harga dia termasuk pasang sekali atau tak. Macam aku pasang sendiri je. So dapat jimat kat situ.

Lepas buat buat carian tu, baru kita ke kedai elektrik. Buat semakan sekali lagi brand yang kita dah buat semakan tu dengan yang ada dijual di kedai. Ada yang ada, mungkin juga tak jual (stok lama). Boleh juga ke kedai dulu tengok model apa yang ada kemudian baru buat semakan. Bila dah ke kedai sambil² tanya la brand apa yang okay dan berkualiti di samping sesuai dengan bajet kita.

Belek punya belek, aku berkenan dengan jenama Midea. Sebabnya dia punya design dia smart, ada pump dan bunyinya tak bising. Ada setengah pemanas air kalau ada pump bunyinya kuat. Jenis yang ni senyap sikit. Boleh je cari yang tak ada pump tapi kalau tekanan air kuat boleh la. Kalau tekanan tak kuat, ibarat mandi air paip je la. 

Harga display je. Tapi harga beli murah sikit.
Lepas dah beli, bab pasang tu aku boleh la buat. peralatan semua ada. Sebab dah biasa buat kerja² kontrak macam ni. So apa de hal. Cuma perkara yang perlu diingatkan kalau pasang sendiri ni, kita kena pastikan peralatan sampingan macam wayar, kepala plug, panjang pendek hose, pastikan betul untuk elak kena ulang alik ke kedai tu semula atau kena cari kat hardware.

buat sepah2 sikit

Lekat akhirnya. Tapi kenapa hosenya macam tu?

Alhamdulillah untuk aku punya kes, mudah sahaja. Cuma yang mencabarnya bila air meleleh. Kalau meleleh ni nampak buat kerja tak pro la kan. Cabaran² lain, kena pastikan hose dan wayar nampak kemas (tak berselirat) dan yang paling penting lubang nak sangkut tu kena sama level. Macam mana nak buat tu pandai² la. Kena kreativiti sikit. 

Kira ok la kan untuk cubaan pertama ni? 

80% selesai. air leaking. Kepala hose pun tak pasang lagi.
Syukur, setengah hari punya kerja selesai. 80% siap. Cuma kena touch up sikit hose dengan lubang paip. Yang ni kena cari paip pvc "L" - male:female. Lepas tu kabel hose kasi ikat sikit dengan kabel tight. Baru cun.

Comments

Popular Posts