Terbang ke Western Australia Perth (family trip) - Bajet Percutian Bermotorhome [Part 3]

Ini mungkin entri yang dinantikan ramai. Sebab semua sibuk tanya - berapa bajet kau ke Perth? Aku sendiri tak pasti nilai tepat sebab main agak2 je. Haha. Tak ramai nak berkongsi bajet percutian diorang. P&C kononnya. Pada aku asalkan korang ada bajet, tak ada masalah. Ikut kemampuan masing2. Kadang2 yang kaki berjalan tu pun bukan banyak duit pun. Kalau dah memang berduit tu sedia maklum la kan. Kalau yang tak berapa nak ada tu - macam aku, biasanya mereka ada strategi menyimpan dan kumpulkan duit. Bila dah minat ni, semua benda boleh jadi. So secara kasarnya untuk trip kami seramai 5 pax ni kos hangus dalam 10k - 15k untuk trip selama 6 hari. 

Sebelum tu, korang dah baca entri sebelum ni?

Untuk keseronokan penjelajahan kami, lebih baik korang baca entri yang tu dulu. haha




Mula2 sebelum nak bercuti ke mana2 tu, perkara pertama korang kena buat adalah kumpul duit. Bila duit dah ada, korang nak ke mana pun tak ada masalah. Yang penting, asing duit untuk bercuti tu siap2.

Bila duit dah ada, next step adalah rajin2 tengok harga tiket flight. Banyak aplikasi mobile dan web yang sediakan kemudahan ni.  Tunggu promosi yang tepat. kena pada masa sesuai, terus sambar. Macam aku, aku tunggu promo AirAsia (AA) je. Kebiasaan mereka buka promo ni sekejap je. 2-3 hari kadang2. Lepas tu diskaun gila2. Kalau terlepas memang rugi kalau anda memang bajet traveller.

So sekarang bila dah ada ticket dan destinasi ke mana korang nk pergi. Korang dah boleh perincikan bajet dengan lebih mudah. Sebab korang dah tau destinasi dan berapa lama korang akan pergi. Aku gunakan fail excel untuk mudahkan perincian bajet. Nak sum total pun senang. Untuk itenarary je aku guna powerpoint.

Banyak format yang korang boleh buat. Ikut kemudahan dan pemahaman masing2. Format yang akan aku share nanti aku dapat daripada orang yang kaki jalan. So terima je, malas nak ubah2 dan spesifik untuk percutian ke Perth. Sebab dalam tu dia ada info juga untuk waktu solat, senarai ubatan, termasuk senarai barang makanan yang nak di bawa. Aku tak guna pun semua tu. Guna yang bahagian bajet je.

Secara tepatnya lepas masukkan semua figure (walaupun hanya 80% je kot tepat) kos hangus aku dalam 13k. Perincian dan format fail aku kongsikan di bawah. Awal2 memang dah bajet 15k-17k je. So alhamdulillah tak burst. 

Melalui table bajet ni, korang juga boleh plan berapa banyak tunai yang korang nak bawa. Mesti korang nak tanya aku bawa berapa? Kami tunaikan dalam AUD900 lebih kurang. Tu pun ada baki2 sikit. Kemudian, masa nak tukar duit tu pun kena tengok juga nilai tukaran semasa. Kalau ada rezeki tunggu masa RM tengah kuat. So kita tak rugi banyak. Lagi 1, kalau boleh jangan tukar kat airport, biasanya mereka ambil mahal. So rugi bajet korang. Dah ada tunai tu pastikan jangan letak kat 1 poket. Pecah2kan. untuk keselamatan.

Selain tu, kalau korang nak gunakan kad kredit atau debit kad, pastikan kad kredit tu korang dah aktifkan awal2 sebelum korang terbang. Macam aku, aku miss info ni. Di Aussie, untuk booking uber, tunai tak diterima. Mereka pakai kad. So terpaksa call customer service mintak aktifkan. Nasib boleh call guna optus (sebab hp tak on roaming). Kalau teksi, memang terima tunai.

Wifi perkara wajib bila travel sekarang ni. Selain untuk rujuk maps, cari info, internet perlu untuk cari lokasi dan juga upload gambar selfie. haha. Macam aku, bertuah ada orang bagi percuma sim kad optus, ada baki dan boleh guna lagi. Aku beli juga kat sana sebagai backup, sudahnya tak guna dan aku bagi free kat orang lain. Nak roaming tak berapa nak mampu sangat kan dan biasanya bil gila2 punya nanti. Cuma lepas balik tu aku baru diterjumpa provider yang jual simkad untuk data internet ikut keperluan berapa lama korang bercuti. Try kat sini - helo1010.my. Next trip boleh cuba.



Untuk insurans pula, aku ambil dengan AXA Insurans. Korang ambil yang famili paket. tak sampai RM100 pun. Sebaiknya ambil insurans ni sebab bila travel ni korang tak tahu apa berlaku kat sana.  Lebih2 lagi dengan famili. Sekurang2nya ada sedikit perlindungan kewangan kalau berlaku apa2. Insurans penerbangan pun sama. Kalau domestik korang boleh skip lagi. Kalau antarabangsa, korang jangan ambil risiko. Biar rugi sikit daripada rugi lebih banyak kemudian hari.

Inflight meal juga dengan AA, sebaiknya korang beli online sedikit murah berbanding beli masa dalam flight. Selain tu, luggage juga beli siap2, jangan kedekut, pastikan luggagae balik tu lebihkan sikit. Sebab biasanya bag beranak pinak. Haha.

So macam mana? Sorry, memang aku tak cerita sangat satu2 perbelanjaan sebab setiap percutian, unik. Bajet aku tak akan sama dengan korang punya bajet. Memadai korang tahu kasar pun dah cukup. 

Untuk format failnya, korang boleh muat turun kat sini - Bajet Bercuti Motorhome (Perth 5 pax). 

Entri seterusnya kalau sempat aku akan ceria perjalanan kami sepanjang di sana. Ingat2 lupa juga ni..haha.

Bye.

Comments

Popular Posts