Persiapan Bulan Ramadhan Nan Mulia


Alhamdulillah, jika anda mampu membaca entri ini, bermakna anda amat bertuah kerana masih diberi peluang untuk melalui satu bulan yang Mulia yang terdapat di dalamnya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, itulah dia Bulan Ramadhan [dalam kalender Islam]. Inilah satu²nya bulan yang diberi peluang oleh Allah kepada hambanya untuk memperbanyakkan ibadah dan amal kebajikan sepanjang bulan mulia ini. Kepada seluruh Muslim, sepatutnya mereka dan anda, sedia maklum akan suruhan-Nya yang merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang lima iaitu berpuasa di bulan Ramadhan. Tapi kepada yang bukan beragama Islam, adakah mereka maklum akan ibadah ini? Saya sediakan sedikit bingkisan untuk seruluh umat Muhammad Salallahu A'laihi Wassalam [semua manusia] di luar sana.

Apakah yang dikatakan dengan berpuasa?
Puasa bermaksud menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan atau perkara yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenamnya matahari [setelah masuk waktu solat Maghrib].

Maksud amalan puasa ini adalah secara umum sama ada puasa wajib [di bulan Ramadhan], puasa sunat [hanya pada hari² tertentu], puasa ganti dan puasa² yang lain² "Perbuatan atau perkara yang boleh membatalkan puasa" adalah seperti memasukkan sesuatu dalam rongga yang terbuka, mengumpat, menjadi gila dan sebagainya.

Amalan berpuasa di bulan Ramadhan ini diwajibkan kepada umat Islam selama 30 hari sahaja [atau 29 hari pada tahun² tertentu - mengikut perkiraan hisab dan bulan]. Berpuasa pada bulan Ramadhan adalah perkara yang disuruh oleh Allah Taala - Tuhan Seluruh Alam seperti mana firman-Nya di dalam Al-Quran,
 “Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat² yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang² yang bertaqwa.“
 Surah Al-Baqarah: 183

Nabi Muhammad juga bersabda [berkata]:

" Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan [diwajibkan] ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu Neraka serta dibelenggu segala syaitan......."
Diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah.


Siapakah yang diwajib berpuasa? Mereka yang memenuhi syarat2 berikut adalah diwajibkan berpuasa:
- Islam.
- Berakal/waras [tak gila].
- Baligh [cukup umur].
- Mampu/tidak uzur/tidak sakit.

Kalau orang yang bukan Islam, tetapi dia berpuasa juga di bulan Ramadhan, itu tidaklah termasuk dalam tajuk ini. Namun, bagi yang ingin mencuba untuk berpuasa [bagi yang bukan Islam], ini pasti pengalaman yang menarik dalam hidup anda dan tiada halangan bagi mereka ini. Tapi harus diingat, tiadalah pahala puasa bagi mereka ini seperti kelebihan² yang diberikan kepada Muslim yang lain.

Bagi lafaz niat puasa di bulan Ramadhan adalah seperti berikut:
i. Lafaz niat puasa untuk sebulan penuh [menurut mazhab Imam Malik] - Hanya pada awal Ramadhan sahaja, tidak boleh digunakan pada hari kedua dan seterusnya pada bulan Ramadhan. Lafaz niat bagi sebulan penuh adalah seperti berikut:


نـَوَيْتُ صَوْم َ شـَهْرِ رَمـَضَانَ كـُلـِهِ لِلـَّهِ تـَعَالىَ
[nawaitu saoma shahri romadhona kulihi lillahi ta'ala]

niatnya [dalam hati]: “Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta'ala”


ii. Lafaz niat puasa Ramadhan bagi setiap malam, seperti berikut:

نـَوَيْتُ صَوْمَ غـَدٍ عَـنْ ا َدَاءِ فـَرْض ِ شـَهْرِ رَمـَضَانَ هـَذِهِ السَّـنـَةِ لِلـَّهِ تـَعَالىَ

“Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Alalh Ta’ala”


Doa berbuka puasa adalah seperti berikut:
اللهم لك صمت وبك امنت وعلى رزقك أفطرت
"Ya Allah, Aku telah berpuasa untuk Kau dan pada Kaulah aku mempercayai dan aku membuka puasa dengan apa yang Kau berikan"


Segala persoalan / kemusykilan berkaitan puasa boleh diperoleh di sini:
- Seminar: kertas kerja 2: Persoalan Berpuasa [sumber:al-azim.com]

Antara persoalan yang dibincangkan merangkumi isu² berikut:
1. Isu berniat puasa
2. Isu bersahur
3. Isu berbuka puasa
4. Isu hari raya jika berada di negara berlainan
5. Berubat ketika puasa
6. Isu Solat Tarawih
7. Isu Malam Lailatul Qadar
8. Isu tadarus Al-Quran
9. Iu zakat fitrah
10. Isu menyambut Hari Raya Aidilfitri
11. Amalan ziarah kubur



Moga bermanfaat :)



Comments

pyejal said…
@dwaty selamat berpuasa juga, tak cukup puasa xleh raya..:)
sial said…
salam berpuasa
pyejal said…
@sial salam ramadhan juga..apesal buruk betul nama kao.nama tu doa tau..:)

Popular Posts